Mahu perjuangkan nasib rakyat? Aliff Syukri tanya kerusi mana sesuai bertanding PRU depan

LocalPolitics
23 Apr 2026 • 2:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dilihat sangat kecewa dengan berita berkenaan dakwaan skandal zakat melibatkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) sehingga ratusan juta.

Agak kawasan mana yang sesuai?

Susulan daripada kekecewaan tersebut, Aliff Syukri telah memuat naik hantaran di media sosial bertanyakan kepada pengikutnya tentang parlimen mana yang dilihat layak untuknya bertanding supaya dapat membela nasib rakyat.

“Sanggup eh mereka gunakan duit yang sepatutnya disalurkan untuk zakat. Tindakan apakah yang wajar untuk penjahat seperti ini?
“Dan kalau saya diberi peluang untuk bertanding di parlimen, kawasan manakah yang layak untuk saya bertanding?
Kerusi mana korang nak Papa bertanding untuk memperjuangkan nasihat rakyat.
“Ada yang nak offer saya kerusi ke next PRU?” soalnya.

Janji akan jaga kepentingan rakyat

Dalam pada masa yang sama, beliau juga bertanya sama ada dirinya layak ataupun tidak untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) depan.

Ujar Aliff Syukri, beliau berjanji akan menjaga tingkah laku dan menjaga kepentingan rakyat disamping meminta pendapat sama ada dirinya sesuai ataupun tidak memegang jawatan sebagai Menteri Keusahawanan.

“Korang rasa layak tak papa bertanding PRU akan datang? Papa janji akan behave demi menjaga kepentingan rakyat. Kalau jadi menteri, papa jadi Menteri Keusahawanan okay tak?,” tanyanya lagi.

Neelofa sokong 120 juta peratus!

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan kebanyakkan daripada mereka bersetuju dengan apa yang dinyatakan usahawan terbabit.

Beberapa selebriti juga memberikan sokongan andai Aliff Syukri berniat menjadi ahli parlimen walaupun tidak dapat dipastikan sama ada beliau sekadar berseloroh ataupun sebaliknya.

image is not available

DAS patut ada dalam pilihan raya akan datang

image is not available

Boleh jadi wakil rakyat!

image is not available

Sebelum ini, usahawan sensasi tersebut ada meluahkan rasa kesal dengan berita berkenaan dana RM250 juta yang didakwa ‘disakau’ beberapa pihak dalam NGO.

Jelasnya, disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak, insan yang sepatutnya dibantu tercicir sedangkan mereka sudah melakukan rayuan.

Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved