Mahu Selesai Cara Baik, Kes Puteri Sarah Saman Ira Kazar Selesai Luar Mahkamah

Entertainment
5 Jul 2023 • 3:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kes saman antara pelakon Puteri Sarah dengan bekas madunya, Ira Kazar akhirnya diselesaikan dengan cara baik di luar mahkamah.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam bela Puteri Sarah selepas sebutan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur pada hari ini, lapor Harian Metro.

Menurut peguam itu, sebutan kes hari ini pihak-pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan kes secara baik di luar mahkamah yang kemudian mahkamah merekodkan penghakiman persetujuan itu.

image is not available

 

“Mahkamah merekodkan penghakiman persetujuan pihak-pihak (Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar) pada hari ini di mana mereka menyelesaikan kes secara damai di luar mahkamah.

“Ada perkara yang sulit untuk didedahkan, jadi kes ini diselesaikan secara baik. Kes selesai. Saya mewakili Puteri Sarah selaku plaintif, manakala Ira Kazar sebagai defendan diwakili peguam, Ammar Ghalip,” katanya.

Imbas kembali, Puteri Sarah pada Jun tahun lalu telah memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita yang didakwa kekasih Syamsul, Ira Kazar (ketika itu) atas dakwaan mengganggu rumah tangganya.

Puteri Sarah mengatakan dia bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang selepas hampir empat tahun menahan sabar dan menanggung derita.

Selain itu, dua ahli keluarga Ira yang turut disaman ialah kakaknya Yasmin dan bapanya Kazar.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.