Mahu terus berbakti walau telah tiada, Akmal Saleh ikrar jadi penderma organ

LocalPolitics
27 Nov 2026 • 8:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Biarpun suatu hari nanti sudah tidak lagi berada di dunia ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh berharap dirinya masih dapat memberikan manfaat kepada masyarakat menerusi pendermaan organ.

Semoga jadi insan yang menyumbang kepada masyarakat

Menerusi perkongsiannya di media sosial, beliau menzahirkan hasrat untuk terus menyumbang kepada insan lain meskipun selepas menghembuskan nafas terakhir.

“Dengan nama Allah yang maha pemurah dan mengasihani
“Moga saya menjadi salah seorang yang dapat terus menyumbang pada masyarakat walaupun telah tiada di dunia ini,” katanya.

Contoh baik buat masyarakat

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila ramai yang menyatakan diri mereka turut melakukan hal sama demi membantu orang lain di masa hadapan.

Mereka turut memuji tindakan mulia tersebut dan bersyukur kerana masih ada yang prihatin dengan keadaan orang lain sehingga sanggup mendermakan organ apabila sudah tiada nanti.

Image from: Mahu terus berbakti walau telah tiada, Akmal Saleh ikrar jadi penderma organ

Alhamdulillah, tindakan hebat

Image from: Mahu terus berbakti walau telah tiada, Akmal Saleh ikrar jadi penderma organ

Derma organ, beri peluang kehidupan baharu

Hasrat Dr Akmal itu turut mencuri perhatian dalam perkembangan kebelakangan ini apabila beberapa kisah pendermaan organ tular di media sosial sehingga menyentuh hati masyarakat.

Antaranya, kisah Allahyarham Muhammad Aidil Ahmad Zupardi, 23, yang mendermakan organ selepas disahkan mengalami kematian otak akibat kemalangan jalan raya.

Pengorbanan itu turut diberikan penghormatan istimewa apabila Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) menyalakan lampu hijau sebagai simbol penghargaan kepada penderma dan keluarganya.

Sumber: Facebook Akmal Saleh 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved