“Mai Dah ‘Belang’ Dia Balik” – ‘Claim’ Diri Penyanyi No.1 Malaysia, Netizen Kata Aliff Syukri Tak Serik Ke Kena Kecam

Music
27 Jul 2022 • 12:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, usahawan kosmetik yang penuh dengan kontroversi iaitu Datuk Aliff Syukri ada memuat naik satu entri di laman Instagram memaklumkan dia akan tampil dengan lagu baharu.

Bukan itu saja, Aliff turut meminta pendapat followers mengenai ‘genre’ lagu apakah yang mereka ingin lihat usahawan tersebut lakukan.

Hantaran tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dan tidak dinafikan, semua seakan-akan sudah ‘penat’ dengan perangai usahawan ini yang tidak kenal erti ‘serik’ biarpun sudah banyak kali dikecam kerana di anggap merosakkan imej industri seni.

Biarpun sebelum ini ada membuat satu statement bahawa dirinya tidak akan membuat hal-hal yang tidak berfaedah ataupun mencetus kontroversi, netizen dakwa Aliff seperti akan menunjukkan ‘belangnya’ kembali.

Lagi membuatkan netizen tidak dapat menerima berita ini apabila Aliff sendiri mengakui dirinya merupakan penyanyi nombor 1 di Malaysia dan hanya akan berganding dengan penyanyi wanita nombor 1 sahaja.

image is not available

image is not available

Di dalam ruangan komen, netizen rata-ratanya ‘menepuk dahi’ apabila Aliff mengumumkan berkenaan lagu barunya itu dan turut menasihati usahawan ini agar berpijak pada bumi yang nyata bahawa dia sama sekali tiada bakat di dalam bidang nyanyian.

Sebelum ini, Aliff Syukri telah mengeluarkan lagu raya berjudul Kelepak Kelepuk dan lagu terbabit sememangnya telah mencetuskan satu kontroversi yang besar hingga dia di panggil oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) susulan muzik video lagu itu tidak sesuai dipertontonkan kepada umum.

image is not available 2 bulan lalu

"Jujur Saya Trauma.." - 5 Jam Disiasat SKMM, Aliff Syukri Serik Cetus Kontroversi