Maia Estianty Suka Pakai Baju Kelawar Di Rumah : “Lagi Lusuh, Koyak Best”

12 Feb 2025 • 9:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Maia Estianty terkenal sebagai seorang komposer dan penyanyi yang menikah dengan usahawan kaya raya, Irwan Mussry.

Kehidupan mewah pasangan ini selalu dipamerkan menerusi perkongsian di media sosial.

Namun rupa-rupanya, tidak semua perkara dikongsikan mantan isteri Ahmad Dhani itu terutama tentang aktiviti di rumah.



Hal ini termasuklah pakaian yang selalu dipakai dan disifatkan sangat selesa sehingga suami yang dinikahi pada tahun 2018 terkejut dengan kesederhanaannya.



Menurut Maia, dia suka memakai baju kelawar atau baju tidur di rumah jika tidak memerlukan dirinya bekerja. Dan kebiasaan tersebut membuat suaminya terkejut.



“Irwan (suami) terkejut lihat penampilan saya di rumah. Kalau tidak ada pekerjaan, saya suka pakaian ringkas. Paling suka pakai baju kelakar atau baju tidur.



“Tapi suami terkejut, dia bilang kehidupan saya ‘murah sangat’,” akui Maia sewaktu menjadi tetamu di Vlog Luya Maya seperti dilaporkan InsertLive.



Maia kemudian menyambung: “Saya suka pakai baju kelawar. Kadang-kadang yang lusuh lagi enak, sejuk. Dulu saya pakai baju kelawar yang sudah koyak.”

Melihat tabiat isterinya yang sangat sederhana, Irwan kemudian memesan pakaian daripada jenama terkenal buat Maia.



“Semua pakaian saya dibelikan Irwan. Saya tidak pernah membeli sendiri,” tambahnya.

View Original Article