“Main Game Masa Kerja?” Video Petugas Mahkamah Jakarta Tular, Pihak PN Tampil Beri Penjelasan

LocalGaming
18 Mar 2026 • 2:49 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

JAKARTA – Tular di media sosial satu video memaparkan seorang petugas dipercayai sedang bermain permainan video ketika bertugas di kaunter perkhidmatan di Pengadilan Negeri Jakarta Pusat (PN Jakpus).

Menerusi rakaman tersebut, petugas wanita itu dilihat fokus menghadap skrin komputer di kaunter ‘Pelayanan Terpadu Satu Pintu’. Namun apa yang mencuri perhatian, paparan skrin berkenaan boleh dilihat dari dua arah termasuk oleh orang awam di ruang menunggu.

Keadaan itu mengundang pelbagai reaksi netizen, lebih-lebih lagi apabila ia berlaku ketika waktu operasi kaunter perkhidmatan.

Video berkenaan dikongsi di Threads oleh pengguna @aishsholihah yang turut berseloroh mungkin kejadian itu berlaku kerana ‘terlupa’ skrin tersebut boleh dilihat dari depan.

“Yah mungkin karena puasa, jadi lupa kalau layarnya dua arah,” tulisnya.

Masih dalam siasatan dalaman

Sementara itu, jurucakap PN Jakarta Pusat, Andi Saputra memaklumkan pihaknya telah mengambil maklum berhubung video yang tular itu dan kini sedang menjalankan semakan dalaman.

Menurutnya, setakat ini pihak mahkamah masih dalam proses mengenal pasti kesahihan video berkenaan termasuk waktu rakaman serta identiti petugas yang terlibat.

“Kami masih membuat koordinasi dalaman untuk memastikan bila video ini dirakam dan siapa petugas tersebut,” katanya.

Tambah beliau, proses semakan sedikit mencabar memandangkan sebahagian kakitangan kini sedang bercuti sempena Hari Raya.

Bagaimanapun, pihaknya memberi jaminan akan menjalankan siasatan lanjut dalam masa terdekat sebelum memaklumkan hasilnya kepada umum.

Dalam masa sama, PN Jakarta Pusat turut memaklumkan video tersebut dipercayai berasal dari TikTok sebelum dikongsi semula sehingga menjadi tular di platform lain. – The Malaysian Update

The post “Main Game Masa Kerja?” Video Petugas Mahkamah Jakarta Tular, Pihak PN Tampil Beri Penjelasan appeared first on The Malaysian Update.