‘Main-main cari perempuan lain’ – Sweet Qismina ‘bocor’ syarat kahwin

Entertainment
22 Sep 2026 • 12:56 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Main-main cari perempuan lain’ – Sweet Qismina ‘bocor’ syarat kahwin

PETALING JAYA – Mempunyai hala tuju, pelakon Sweet Qismina memberi syarat kepada suaminya, Adam Lee ketika awal perkenalan agar meletakkan sasaran ‘tertentu’ dalam perhubungan mereka.

Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 28, berkata, andai mahu berkawan dengannya pelakon terbabit perlu serius, bukan hadir sekadar mahu memenuhi masa.

“Saya bagi syarat dekat dia, all in or nothing (berikan segalanya atau jangan sama sekali). All in ini maksudnya kalau nak berkawan dengan saya, kena serius sampai kahwin.

“Kalau datang hanya nak main-main, kemudian cari perempuan lain untuk ‘fling’ around apa semua, saya memang tak mahu terima,” katanya dalam perkongsian di program audio siar Too Pretty To Handle.

Katanya, pendirian berkenaan dibuat ketika usianya baru mencecah 21 tahun disebabkan enggan membuang masa melalui hubungan tanpa sebarang kepastian.

“Ketika itu saya hanya berumur 21 tahun, kalau boleh saya tak mahu kurang serius dalam berkawan sebab saya dah penat.

“Main-main itu maksudnya dari segi terlebih mesra dengan orang lain, senang kata mainkan perasaan, bukan (kurang) dari segi kewangan.

“Kalau tanya saya, kewangan alhamdulillah okey. Kalau si dia nak mencari yang sudah stabil, saya memang stabil ketika itu,” katanya.

Terdahulu, hubungan Sweet dengan Adam mula rapat selepas beberapa kali digandingkan dalam projek lakonan, termasuk drama Adam Chempaka dan Bidadari Salju.

Pasangan terbabit mengikat tali pertunangan pada 24 Oktober 2021 iaitu selepas tiga tahun menyulam cinta sebelum sah bergelar suami isteri genap setahun kemudian. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Main-main cari perempuan lain’ – Sweet Qismina ‘bocor’ syarat kahwin appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved