‘Penggambaran 10 tahun lepas, saya kurang ilmu tentang Rohingnya’

LocalEntertainment
7 Sep 2026 • 1:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Penggambaran 10 tahun lepas, saya kurang ilmu tentang Rohingnya’

PETALING JAYA – Tular rakaman lama temubual beberapa individu daripada komuniti Rohingya, pelakon Sweet Qismina mengakui penggambaran tersebut berlaku kira-kira 10 tahun lalu.

Sweet atau nama lengkapnya Farhanna Qismina Supandi, 28, menjelaskan rancangan tersebut memfokuskan kisah kebajikan dan usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendekati masyarakat.

“Saya jalani penggambaran 10 tahun lepas rasanya. Nama rancangan ‘Orang Baik-Baik’.

“Apa sahaja kisah kebajikan dan usaha murni individu atau sekumpulan sukarelawan yang berbeza.

“Kami ikut apa yang mereka sediakan. Sangat terinspirasi,” katanya dalam Threads.

Pada masa sama, pelakon filem Babah itu mengakui dia kurang pengetahuan mengenai masyarakat Rohingnya memandangkan fokusnya hanya untuk melihat sisi kebaikan mereka.

“Tapi dalam episod ini, fokus saya adalah hanya untuk melihat sisi baik mereka, siap buat kelas kraf tangan dan jual bagi meraih duit.

“Saya perlu akui ketika itu saya kurang ilmu tentang isu Rohingya. ‘Ban’ episod ini, tengok episod lain yang ada NGO Malaysia okey,” katanya lagi.

Sebelum ini, seorang pengguna Threads memuat naik klip video rancangan Orang Baik-Baik yang disiarkan di TV2.

Dalam episod tersebut, Sweet bertindak sebagai pengacara dilihat sedang berinteraksi dan mengendalikan sesi temu bual bersama beberapa wanita Rohingya yang menghasilkan kraf tangan perhiasan wanita.- KOSMO! ONLINE

The post ‘Penggambaran 10 tahun lepas, saya kurang ilmu tentang Rohingnya’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved