Main Snuker Tak Ingat Dunia, Isteri Hambat Suami Guna Rotan Suruh Balik

12 Jun 2023 • 5:14 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Baru-baru ini, tular di laman sosial seorang isteri yang membawa sebatang rotan dengan wajah yang sangat garang untuk memanggil suaminya balik daripada bermain snuker telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, terdapat sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang wanita membawa rotan di pusat snuker.

Dalam rakaman tersebut, sebaik sahaja wanita berkenaan masuk ke pusat snuker tersebut, dia dengan secara tidak langsung terus meluru kepada suami sambil melihat dengan pandangan yang sangat tajam.

Dikeliling dengan pemain snuker yang lain, lelaki bertatu itu seakan menahan malu selepas kakinya dilibas manja oleh isteri tersayang.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah berjaya meraih lebih 16.3 juta penonton dan mendapat lebih 600,000 tanda suka selepas dua hari dimuat naik dalam aplikasi tersebut.

image is not available

image is not available

Member dia pun takut jugak dengan isteri dia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat wanita terbabit apabila melihat rakan-rakan suaminya turut berada dalam keadaan ketakutan.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Siap umpan dengan duit pulak tuu

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @Friday