“Gaji RM 600” – Pekerja Taska Di Kelantan Dakwa ‘Bos’ Suruh Bayar Bil Api & Air?

Entertainment
6 Jun 2023 • 4:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Media sosial kini bukan sahaja tempat untuk menghubungi rakan-rakan, ia juga sudah menjadi tempat untuk meluahkan segala macam ketidakpuasan hati.

Baru-baru ini seorang pekerja taska di Kelantan meluahkan rasa hampa serta marahnya di laman Facebook apabila dia dipaksa untuk membayar bil api dan air di taska tersebut.

image is not available

Menurut pengadu itu, dia baru sahaja bekerja di taska yang terletak di Kelantan itu selama dua minggu dengan gaji RM600, nilai gaji yang rendah itu dikatakan kerana dia masih baru.

Namun, apa yang membuatkan ramai hairan ialah pengadu tersebut dipaksa untuk membayar bil api dan air taksa tersebut.

“Saya minta untuk berhenti kerja puan *** tak bagi dia cakap saya ada sign kontrak 4 bulan, padahal masa interview tu takde sign apa-apa dan tiada isi borang pun.

Dia tak benarkan saya balik dan nombor adik saya pun dia dah block, puan *** kata kalau berhenti juga dia akan saman saya, bila ibu saya datang nak jumpa dia taknak bersemuka dia lari.

Saya berhenti dengan cara yang baik, bila saya keluar puan *** call saya minta saya bayar bil api untuk kedua kalinya,” luahnya.

Lebih mengeruhkan keadaan, pengadu masih tetap dengan pendirian untuk berhenti tetapi bosnya itu menyuruh dia membayar semula segala makanan dan minuman yang diambil ketika dia masih bekerja di sana.

Dia juga menyebut bahawa dia mempunyai 4 saksi untuk menyokong penganiayaan bosnya dan berharap keadilan akan ditegakkan.

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan dari kedua-dua belah pihak berkenaan isu ini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.