MAIPs Beri Sumbangan Zakat RM5,000 Kepada Seorang Bekas Ahli GISB Untuk Mulakan Hidup Baru

LocalPolitics
5 Oct 2024 • 1:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang bekas ahli GISB Holdings (GISBH) telah mendapat sumbangan zakat sebanyak RM5,000 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) susulan pihak MAIPs mahu membantu individu berkenaan untuk memulakan hidup baru.

Menurut Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin iaitu Mufti negeri Perlis, MAIPs mahu membantu lelaki yang hanya dikenali sebagai Ahmad itu membina hidup baru berlandaskan ajaran Islam yang sebenar, lapor ALHIJRAH ONLINE.

image is not available

Sumbangan zakat itu juga diberikan untuk membantu bekas ahli GISBH itu untuk membebaskan mereka yang terlibat daripada pengaruh ajaran terbabit.

Difahamkan, lelaki yang dikenali sebagai Ahmad itu berusia 33 tahun telah meninggalkan GISBH pada tahun 2021.

Untuk pengetahuan semua, GISBH telah diisytiharkan sebagai kumpulan ajaran sesat baru-baru ini oleh Perlis.

Ini kerana ajaran dan kepercayaan yang diamalkan dalam GISBH itu mengandungi unsur ajaran sesat. GISBH juga merupakan kesinambungan daripada ajaran al-Arqam yang juga telah difatwakan sesat dahulu.

Mufti Perlis juga mengatakan bahawa mana-mana bekas ahli GISBH juga yang mahu menjalani proses pemulihan akidah boleh berbuat perkara itu di negeri tersebut.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.