MAIS, Affin Islamic perluas kerjasama urus harta

LocalBusiness & Finance
30 Sep 2026 • 5:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MAIS, Affin Islamic perluas kerjasama urus harta

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperkukuh dan memperluaskan pelaksanaan pengurusan harta berlandaskan syariah dengan kerjasama Affin Islamic Bank Berhad (Affin Islamic).

Setiausaha MAIS, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini berkata, kerjasama itu membuka capaian baharu kepada masyarakat, khususnya pelanggan institusi perbankan berkenaan, selain saluran sedia ada menerusi masjid dan surau.

Menurutnya, pendekatan tersebut penting bagi memastikan maklumat berkaitan perancangan harta dapat disampaikan kepada kelompok masyarakat yang lebih luas melalui institusi profesional.

“Implikasinya, kita harapkan ada peningkatan capaian baharu selain kelompok di bawah MAIS seperti masjid dan surau yang selama ini menjadi medium promosi kita.

“Kita juga berharap kolaborasi ini dapat diperluaskan melalui institusi profesional kerana audiensnya berbeza dan sekurang-kurangnya maklumat itu dapat disampaikan kepada pelanggan Affin Islamic,” katanya.

Terdahulu, beliau mewakili MAIS menandatangani memorandum persefahaman bersama Affin Islamic yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad, Datuk Syed Mashafuddin Syed Badarudin.

Mohd. Sabirin berkata, pendekatan sama juga diharap dapat diterapkan oleh institusi perbankan lain bagi memperluas kesedaran masyarakat Islam mengenai kepentingan pengurusan harta.

Tambahnya, perkhidmatan berkaitan harta dan Baitulmal yang disediakan MAIS adalah untuk seluruh umat Islam, justeru perancangan perlu dibuat lebih awal ketika seseorang masih hidup.

“Penting untuk kita bersedia ketika masih hidup kerana kita tidak tahu apa yang berlaku selepas kita tiada. Perancangan harta perlu dibuat lebih awal supaya urusan selepas kematian dapat diuruskan dengan baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post MAIS, Affin Islamic perluas kerjasama urus harta appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved