MAIS pantau penularan ajaran New Age Movement

LocalPolitics
30 Sep 2026 • 4:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MAIS pantau penularan ajaran New Age Movement

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) giat memantau penyebaran New Age Movement (NAM) di negeri ini dalam usaha mengekang sebarang usaha menyebarkan pengaruh ajaran tersebut.

Setiausaha MAIS, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini berkata, langkah itu dilakukan jawatankuasa berkaitan dan pihaknya masih menunggu pengesahan berhubung maklumat yang diperoleh sebelum sebarang perkembangan dikongsikan kepada umum.

“Buat masa ini ada pemantauan dilakukan pihak kami bagi mengekang ajaran tersebut, namun perincian belum dapat didedahkan.

“Belum ada berita yang boleh dikongsikan lagi. Sekiranya mendapat pengesahan, kami akan kongsikan,” katanya ditemui pemberita selepas Majlis Penghargaan Rakan Media dan Pelancaran Affin Bank sebagai Rakan Strategik MAIS 2026 di sini, hari ini.

Ditanya sama ada terdapat kelompok tertentu yang berada dalam radar MAIS, beliau enggan memperincikan perkara tersebut.

“Saya rasa yang itu tidak boleh dijawab lagi buat masa ini,” katanya.

Ajaran NAM dianggap sebagai bentuk ‘spiritual tanpa agama’ yang mencampuradukkan unsur mistik, pseudosains, dan kepercayaan agama lain seterusnya menyeleweng dan bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Isu tersebut menjadi perhatian susulan dakwaan penglibatan tokoh politik dalam program yang mengandungi unsur gerakan itu yang membawa kepada sesi tabayyun (penjelasan) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. – KOSMO! ONLINE

The post MAIS pantau penularan ajaran New Age Movement appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved