MAIS pantau Aliff Daniel setiap bulan

5 Nov 2026 • 5:46 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MAIS pantau Aliff Daniel setiap bulan

SHAH ALAM- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan memantau individu yang berkemungkinan terpengaruh dengan ritual yang dilakukan bekas pengamal perubatan tradisional, Aliff Daniel Adli, 21.

Pengerusi MAIS, Datuk Salehuddin Saidin berkata, pemantauan itu dilakukan Jawatankuasa Akidah dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang memantau mana-mana kumpulan serta individu yang menyimpang dengan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah.

“Kita tidak pasti sama ada Aliff Daniel ada pengikut atau tidak. Andai kata ada kumpulan yang mengamalkan atau menganjurkan sesuatu fahaman berbeza daripada fahaman Ahli Sunnah Waljamaah, kita akan terus ambil tindakan,” katanya ketika sidang akhbar di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Sementara itu, Salehuddin memaklumkan, MAIS akan memantau Aliff Daniel sepanjang dia menjalani proses pemulihan akidah dengan pihaknya akan menemui bekas pengamal perubatan itu sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk melihat perkembangan serta ahli keluarganya yang lain.

“Kita mengharapkan selama tempoh tiga bulan ini, kita dapat memberikan asas agama yang kukuh kepada beliau dan selepas itu, kita akan pantau.

“Kita juga akan menghubungi keluarga beliau supaya mereka terus istiqamah menuntut ilmu agama dan mendapat bimbingan daripada guru yang benar-benar boleh membimbing mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post MAIS pantau Aliff Daniel setiap bulan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved