Majestic Gen susun semula kepimpinan fokus tingkatkan pertumbuhan, pelaksanaan

1 Jul 2026 • 4:17 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Majestic Gen susun semula kepimpinan fokus tingkatkan pertumbuhan, pelaksanaan Image from: Majestic Gen susun semula kepimpinan fokus tingkatkan pertumbuhan, pelaksanaan liza01/07/2026 - 16:17 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 1 Julai – Majestic Gen Sdn Bhd memperkukuh barisan kepimpinannya bagi menyokong fasa pertumbuhan seterusnya apabila syarikat pemaju hartanah itu mengumumkan penyusunan semula struktur pengurusan kanan yang berkuat kuasa 1 Julai 2026.

 

Dalam pelantikan baharu itu, Wong Yik Fong dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi menerajui pengurusan operasi harian serta pelaksanaan strategi pembangunan kumpulan.

 

Di bawah rangka kerja kepimpinan baharu ini, Datuk Hoo Kim See akan memegang peranan sebagai Pengerusi dan Pengarah dengan fokus kepada hala tuju strategik syarikat, tadbir urus korporat serta pengukuhan keyakinan pihak berkepentingan.

 

Pada masa sama, Ta Wee Dher dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan, yang akan memimpin agenda pertumbuhan perniagaan termasuk pemerolehan tanah, peluang strategik serta perancangan pembangunan jangka panjang.

 

Majestic Gen menjelaskan struktur kepimpinan baharu ini diwujudkan bagi memperjelas pembahagian peranan antara strategik, pertumbuhan dan pelaksanaan operasi untuk meningkatkan kecekapan pengurusan syarikat.

 

Peralihan ini juga susulan penjenamaan semula Majestic Gen pada Februari 2024 yang memperkenalkan identiti korporat baharu serta prinsip CHARM iaitu ‘Customer-centric, Honesty, Ambitious, Resourceful dan Magnificent’ sebagai asas budaya kerja syarikat.

 

Sejak penjenamaan semula pada Februari 2024, Majestic Gen telah memasuki fasa pertumbuhan yang lebih kukuh, dengan melancarkan enam projek dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) gabungan sebanyak RM3.05 bilion menjelang akhir 2025.

 

Dengan empat lagi pelancaran bernilai RM370.491 juta yang dirancang pada 2026, penyusunan semula kepimpinan ini bertujuan untuk memperkukuh pelaksanaan, menyokong kesinambungan kepimpinan dan meletakkan syarikat pada kedudukan yang lebih kukuh bagi fasa pertumbuhan seterusnya merentasi segmen kediaman, komersial dan perindustrian.

 

 

t
Dari kiri): Ketua Pegawai Eksekutif Majestic Gen, Wong Yik Fong; Pengerusi dan Pengarah, Datuk Hoo Kim See; serta Pengarah Urusan Kumpulan, Ta Wee Dher.

 

Menurut syarikat, pelaksanaan struktur kepimpinan baharu ini akan memastikan kesinambungan pertumbuhan, memperkukuh disiplin operasi serta menyokong pelaksanaan projek secara lebih tersusun dan berkesan.

 

Sementara itu, Pengerusi dan Pengarah Majestic Gen, Datuk Hoo Kim See berkata perubahan ini merupakan langkah strategik bagi memastikan syarikat bersedia menghadapi fasa pertumbuhan seterusnya dengan struktur yang lebih mantap.

 

“Menyediakan organisasi untuk masa hadapan memerlukan struktur kepimpinan yang jelas dan berkesinambungan. Kami mahu memastikan kesinambungan ini terjamin sambil memperkasa pemimpin baharu untuk memacu syarikat,” katanya.

 

Sementara itu, Ta Wee Dher berkata fokus kumpulan adalah kepada pengembangan terpilih dan penciptaan nilai jangka panjang melalui peluang strategik serta pengukuhan bank tanah syarikat.

 

Beliau menegaskan setiap peluang pembangunan perlu dinilai secara berdisiplin bagi memastikan ia selaras dengan keperluan pasaran serta mampu menjana pulangan mampan kepada kumpulan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif baharu, Wong Yik Fong pula berkata keutamaan beliau adalah memperkukuh pelaksanaan operasi dan memastikan strategi pertumbuhan diterjemahkan kepada hasil yang boleh diukur.

 

“Saya mahu memastikan disiplin operasi diperkukuh, penyampaian projek dipertingkatkan serta budaya kerja yang jelas dan berakauntabiliti dapat dibentuk dalam organisasi,” katanya.

 

Majestic Gen menegaskan dengan struktur kepimpinan baharu ini, syarikat berada pada landasan kukuh untuk memperluaskan lagi portfolio pembangunan dan mengukuhkan kedudukan dalam sektor hartanah negara.- DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved