Majikan Boleh Dikenakan Denda Jika ‘Ganggu’ Pekerja Luar Waktu Pejabat

9 Feb 2024 • 12:01 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Kerajaan Australia kini memperkenalkan undang-undang baharu dimana majikan boleh dikenakan denda jika menghubungi atau ‘ganggu’ pekerja di luar waktu pejabat.

Difahamkan, undang-undang tersebut dikenali sebagai ‘hak untuk tidak berhubung’ dimana ia salah satu usaha kerajaan untuk melindungi pekerja daripada gangguan dan permintaan tidak adil oleh majikan.

Menteri Perhubungan Tempat Kerja, Tony Burke memberitahu pekerja boleh mendapat ‘perintah berhenti’ terhadap majikan mereka sebagai sebahagian daripada undang-undang yang dikemas kini.

Majikan boleh dikenakan denda jika ganggu pekerja

image is not available

Bukan itu sahaja, majikan yang melanggar undang-undang tersebut bakal berdepan dengan tindakan denda.

“Sekiranya melanggar perintah ini dilanggar, majikan akan diberi notis dan didenda,” kata Burke.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Anthony Albanese menjelaskan pekerja tidak sepatutnya diberi tekanan memandangkan mereka tidak dibayar gaji untuk bekerja 24 jam sehari.

image is not available

“Apa yang kami cuba tekankan adalah pekerja tidak dibayar gaji untuk 24 jam sehari. Mereka tidak sepatutnya dihukum jika tidak dapat dihubungi 24 jam sehari,” ujarnya lagi.

Selain Australia, negara lain turut memperkenalkan undang-undang yang sama seperti Perancis, Itali, Ireland dan Sepanyol.

Sumber: Kosmo