Majikan Boleh Pecat Pekerja Yang Kuat Kutuk Bos Atau Rakan Sekerja Dalam Group WhatsApp – Mahkamah Jerman

Entertainment
26 Aug 2023 • 3:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mahkamah Jerman memutuskan satu hukuman baharu iaitu seorang pekerja boleh dipecat jika menghina majikan atau rakan sekerja mereka dalam kumpulan (group) aplikasi WhatsApp peribadi.

Memetik laporan Astro Awani, hakim Mahkamah Jerman memutuskan, walaupun ahli kumpulan mungkin berkongsi komen secara sulit dan tertutup, tetapi apabila menyentuh mengenai kenyataan mengutuk, menghina atau berbaur perkauman, kerahsiaannya terhad dalam kes-kes tertentu sahaja.

image is not available

Jika kata-kata penghinaan itu diketahui umum, pekerja boleh dipecat. Ini adalah keputusan dari Mahkamah Buruh Jerman selepas menimbang kes kumpulan WhatsApp di syarikat penerbangan Tulfly.

Kes itu membabitkan sekumpulan rakan yang bekerja di syarikat itu yang telah berkongsi ‘penghinaan jelas’, yang belum sedia dikongsi semula oleh pegawai.

Tujuh rakan sekerja syarikat itu bertukar-tukar mesej WhatsApp selama beberapa tahun yang menghina satu sama lain dan mereka yang bukan sebahagian daripada ahli kumpulan itu.

image is not available

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.