Majikan Sedia Tawar, Ambil Rohingya Bekerja Sektor 3D Jika Kerajaan Luluskan

LocalPolitics
2 Jul 2026 • 3:53 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Persatuan majikan menyatakan kesediaan untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada pelarian Rohingya dalam sektor 3D (kotor, berbahaya dan sukar) sekiranya kerajaan membenarkan mereka bekerja secara sah di negara ini.

Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, pihaknya menyokong usaha kerajaan membenarkan pelarian yang berdaftar dengan UNHCR untuk bekerja secara formal, khususnya dalam sektor yang berdepan kekurangan tenaga kerja.

Menurut beliau, langkah itu dilihat mampu mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja sedia ada di dalam negara selain mengurangkan kebergantungan terhadap pengambilan pekerja asing baharu yang melibatkan kos tinggi serta proses yang panjang.

“Pendekatan ini membantu optimumkan sumber tenaga kerja yang sedia ada di dalam negara dan pada masa sama mengurangkan keperluan mem­bawa masuk pekerja asing baharu yang melibatkan kos pengambilan tinggi serta proses yang panjang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Image from: Majikan Sedia Tawar, Ambil Rohingya Bekerja Sektor 3D Jika Kerajaan Luluskan

Beliau turut menegaskan bahawa sektor 3D seperti perladangan, pembinaan dan kerja berisiko masih bergantung kepada tenaga kerja asing bagi memastikan kelangsungan rantaian perkhidmatan dan pengeluaran negara.

“Negara bergantung kepada sektor ini bagi memastikan rantaian perkhidmatan dan pengeluaran produk terus berjalan. Persoalannya, siapakah yang akan mengisi kekosongan tersebut?
“Apabila taraf hidup masyarakat semakin meningkat, rakyat tempatan semakin kurang berminat melakukan kerja-kerja pembersihan dan pekerjaan yang kotor. Sebab itu negara masih memerlukan tenaga kerja asing,” katanya lagi.

Image from: Majikan Sedia Tawar, Ambil Rohingya Bekerja Sektor 3D Jika Kerajaan Luluskan

Dalam pada itu, beliau berpandangan bahawa pemberian peluang pekerjaan secara sah kepada pelarian akan memudahkan proses pendaftaran dan pemantauan oleh pihak berkuasa.

“Adalah lebih baik mereka bekerja secara sah berbanding secara haram. Semua undang-undang buruh dan undang-undang negara juga akan terpakai kepada mereka seperti pekerja lain,” katanya.

Bagaimanapun, pandangan berbeza dikemukakan oleh pakar ekonomi, Dr. Idham Md. Razak yang menegaskan bahawa pelaksanaan dasar tersebut perlu diteliti secara mendalam bagi mengelakkan kesan sampingan terhadap ekonomi negara.

Image from: Majikan Sedia Tawar, Ambil Rohingya Bekerja Sektor 3D Jika Kerajaan Luluskan

Menurutnya, tanpa kawalan ketat, dasar itu berisiko memberi tekanan kepada kadar gaji pekerja tempatan dalam segmen tertentu serta meningkatkan kos pentadbiran dan pemantauan.

“Tanpa kawalan yang ketat, manfaat ekonomi mungkin tidak melebihi kos sosial dan fiskal yang perlu ditanggung.
“Dalam jangka panjang, terdapat risiko majikan terus bergantung kepada tenaga kerja kos rendah berbanding melabur dalam teknologi dan meningkatkan kemahiran pekerja tempatan, sekali gus melambatkan transformasi ekonomi negara ke arah sektor bernilai tinggi,”ujar beliau.

Sumber: Utusan Online (Nur Amylia Rizan)

The post Majikan Sedia Tawar, Ambil Rohingya Bekerja Sektor 3D Jika Kerajaan Luluskan appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved