Majikan Tidak Boleh Paksa Pekerja Ambil Cuti Tanpa Gaji

LocalPolitics
28 Jan 2025 • 10:51 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) memberi peringatan kepada majikan supaya tidak memaksa pekerja mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji sekiranya syarikat ingin menutup operasi melebihi hari kelepasan am sempena Tahun Baharu Cina.

Menurut Kesuma, pihaknya ada terima  aduan daripada pekerja berkaitan tindakan majikan yang tidak mematuhi peraturan tersebut. Tambahnya lagi, pekerja yang terkesan dengan tindakan itu boleh membuat aduan kepada Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran.

Pekerja tidak boleh dipaksa oleh majikan

image is not available

Kesuma ingin menegaskan bahawa pekerja berhak menentukan bila mereka ingin memohon cuti tahunan. Majikan tidak boleh memaksa pekerja untuk mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji bagi tujuan mengurangkan kos perniagaan.

Ini kerana cuti tahunan serta cuti tanpa gaji hendaklah diberikan atas kehendak dan permohonan pekerja sendiri.

Majikan perlu fahami hak pekerja

image is not available

Selain itu, Kesuma turut mengatakan tindakan majikan yang memaksa pekerja bercuti melanggar peruntukan di bawah Seksyen 69 Akta Kerja 1955 [Akta 265]. 

Majikan diingatkan agar memahami hak pekerja dan tidak menolak kelayakan cuti tahunan atau memotong gaji sepanjang tempoh penutupan operasi.

#OhmediaNasihat

Rakyat Malaysia wajib mengetahui hak-hak yang dijamin di bawah undang-undang, termasuk isu cuti dan gaji. Majikan juga perlu memainkan peranan penting dengan mengikut peraturan bagi menjaga hubungan baik dengan pekerja.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


The post

appeared first on

.