Niat Mahu Buka Sampul Angpau, Lelaki Ini Tak Sangka Terkoyakkan Duit RM50 [Video]

LocalEntertainment
28 Jan 2025 • 12:17 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Menjelang sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi pada tahun ini, kebanyakan majikan bermurah hati untuk memberikan bonus dan angpau kepada pekerja-pekerja mereka.

Siapa je tak suka bila orang nak bagi duit kan? Bolehlah buat beli barang dapur atau bawa keluarga makan di restoran.

Namun apakan daya, apabila rezeki yang diterima bukanlah milik seseorang itu seperti mana yang terjadi kepada individu ini.

Duit Bernilai RM100 Terkoyak Ketika Mahu Buka Sampul Angpau

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@irfannudin350), seorang individu menunjukkan situasi di mana duit yang diterima bernilai RM100 telah rosak selepas dia dipercayai tidak sengaja mengoyakkan sampul angpau.

Bayangkan rasa teruja untuk mengetahui berapa nilai wang yang diberikan itu kemudiannya berakhir dengan perasaan kecewa.

Memang tak boleh nak bayangkan macam mana lelaki itu rasa selepas ternampak bahagian atas duit RM50 sebanyak dua keping itu terjatuh.

Video berkenaan telah meraih perhatian ramai dan berjaya mendapat 917,400 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

Orang Ramai Beri Pendapat Duit Terkoyak Itu Ditukar Di Bank

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata masyarakat meluahkan rasa terhibur dan sengaja mengusik individu berkenaan kerana terburu-buru mahu membuka sampul angpau berkenaan.

“Tak sabar sangat nak buka kan,” usik pengguna media sosial.

“Cara bukanya tu yang salah, bukan salah bos ya,” ujar seorang lagi pengguna TikTok.

Sementara itu, ada juga pengguna TikTok yang berpendapat bahawa duit itu masih boleh diselamatkan dan digunakan lagi iaitu dengan cara menukar yang baharu di bank.

“Tukar kat Maybank. Saya pernah tukar RM100. Janji ada nombor siri lagi,” jelas pengguna media sosial.

image is not available
Sumber: TikTok

Kriteria Wang Yang Dikira Sebagai Rosak

Sebelum anda ingin menukar wang kertas yang rosak di bank, beberapa kriteria perlu dikenal pasti terlebih dahulu.

Antaranya:

  • Terdapat tompokan kotoran dan cecair pada sebahagian atau menyeluruh.
  • Warna luntur.
  • Tekstur lembik.
  • Hilang ciri-ciri keselamatan pada wang kertas.
  • Wang kertas berlubang.

Nilai pertukaran dan tempoh ganti pula bergantung kepada keadaan wang yang sudah rosak. Jika nilai wang yang rosak itu jelas, maka anda boleh mendapatkan ganti pada hari yang sama.

image is not available
Sumber: BuzzKini/ X @pedoqpop

Tetapi jika nilainya kurang jelas akibat rosak teruk, maka gantian akan diberikan pada hari lain selepas dirujuk kepada Bank Negara Malaysia (BNM).

Anda juga boleh melayari laman web BNM untuk mengetahui maklumat lanjut tentang wang kertas yang sudah rosak.

Source: