Majlis Amanat Menteri 2026: Steven Sim seru warga KUSKOP ‘Hebatkan Perniagaan Malaysia’

LocalBusiness & Finance
20 Jan 2026 • 5:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Steven Sim Chee Keong menekankan kepentingan memperkasa pendekatan “Hebatkan Perniagaan Malaysia” sebagai pemacu utama bagi memperkukuh prestasi perniagaan tempatan dan menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.

image is not available

Seru utamakan barangan tempatan

Beliau menyampaikan Amanat Tahun 2026 kepada warga kementerian dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya, Steven Sim menyeru agar KUSKOP menjadi pencetus utama untuk mengutamakan penggunaan barangan keluaran tempatan.

“Melalui sokongan berterusan terhadap produk tempatan, pertumbuhan ekonomi negara diyakini dapat diperkasa secara mampan,” katanya.

image is not available

Steven Sim harap semua warga KUSKOP beri komitmen

Dalam pada masa yang sama, beliau juga menegaskan bahawa semua warga KUSKOP dan agensi perlu memberikan komitmen padu supaya setiap usaha, inisiatif, dan peranan kementerian difahami dengan jelas serta memberi manfaat menyeluruh kepada usahawan dan koperasi di seluruh negara.

image is not available

Artikel lain: Steven Sim percaya pemimpin yang baik mampu jaga rakyat tanpa kira agama & bangsa

Hadir sama dalam majlis tersebut YB Datuk Mohamad bin Alamin, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Setiausaha, serta ketua-ketua agensi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved