Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2023 Bersama PM Pada 30 Ogos Ini

LocalPolitics
26 Aug 2023 • 8:05 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tan Sri Mohd Zuki Ali. - gambar fail

KUALA LUMPUR - Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2023 bersama  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan pada 2 petang, Rabu ini (30 Ogos) di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan itu bertujuan untuk menzahirkan rasa cinta kepada negara serta menyemarakkan penghayatan kemerdekaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Majlis ini juga diharapkan dapat menjadi wadah untuk kita kekal bersatu mendukung semangat perpaduan Malaysia MADANI,” katanya menerusi satu video yang disiarkan di Facebooknya hari ini.

Beliau berkata orang ramai dijemput untuk memeriahkan Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan itu. 

Majlis berkenaan juga dapat ditonton melalui stesen televisyen tempatan secara langsung, katanya.  - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved