Majlis angkat sumpah Senator dijadualkan pada pagi Sabtu

Politics
2 Dec 2022 • 8:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rais Yatim

SHAH ALAM - Majlis mengangkat sumpah Senator Dewan Negara dijadualkan berlangsung di Parlimen pada Sabtu.

Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim mengesahkan bahawa majlis berkenaan akan berlangsung pada jam 8.30 pagi.

“Senarai embargo pagi esok (Sabtu). Majlis jam 8.30 pagi,” katanya memetik laporan Astro Awani pada Jumaat.

Sementara itu, sumber Parlimen pula memberitahu, pegawai Dewan Negara telah diminta untuk melakukan persediaan bagi upacara berkenaan sejak awal pagi Jumaat.

Bagaimanapun, majlis angkat sumpah berkenaan hanya akan diadakan sebaik pengesahan sekiranya terdapat senator yang dilantik sebagai menteri kabinet selepas pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada jam 8.15 malam Jumaat.

"Sebab jangkaan kalau ada senator, tetapi kami diminta bersiap sedia sahaja. Angkat sumpah Senator dulu (jika ada) dan selepas itu, barulah boleh angkat sumpah sebagai menteri kabinet.

"Kalau ada senator diumumkan sebagai menteri kabinet, individu itu memerlukan mengangkat sumpah pagi esok (Sabtu).

"Kami menerima arahan daripada pejabat Setiausaha Dewan Negara untuk bersiap sedia kerana majlis angkat sumpah ini dikendalikan oleh mereka," ujar sumber berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved