Majlis Daerah Roboh Pusat Pelancongan Haram Di Cameron Highlands

6 Aug 2024 • 11:03 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) mengambil tindakan untuk merobohkan sebuah pusat pelancongan yang dibina secara haram di Cameron Highlands pada Isnin.

Menerusi satu hantaran di Facebook, MDCH berkata tindakan penguatkuasaan penguatkuasaan itu dilaksanakan atas kesalahan Seksyen 70 (1) Pembinaan Tanpa Kelulusan di bawah Akta 133, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Majlis daerah robohkan pusat pelancongan haram di Cameron Highlands

image is not available

Dalam pada itu, MDCH turut menjelaskan operasi tersebut bermula sekitar pukul 9.00 pagi hingga 11.30 pagi dan diketuai Yang Dipertua MDCH, Azmil Hadid Maznan.

“Operasi ini turut melibatkan kakitangan daripada MDCH serta jabatan dan agensi daerah termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Cameron Highlands (PDTCH).

“Selain itu, ia juga melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Jabatan Kerja Raya Daerah Cameron Highlands (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya.

image is not available

Sementara itu, MDCH turut berharap agar tindakan penguatkuasaan itu menjadi iktibar dan peringatan kepada pihak-pihak yang berhasrat melaksanakan projek pembangunan.

“Mana-mana pihaak yang berhasrat melaksanakan projek pembangunan agar mematuhi sepenuhnya prosedur dan peraturan berkaitan semasa yang berkuatkuasa,” ujarnya.

image is not available

Sekadar info, operasi itu berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.