'Santorini Cameron Highland' Haram Dirobohkan, Netizen Beri Pelbagai Reaksi

6 Aug 2024 • 3:19 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) hari ini telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap pembinaan haram Cameron Santorini. 

Operasi yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 11.30 semalam  tersebut diketuai oleh Yang Dipertua MDCH, Azmil Hadid  Maznan. 



















@isham.cameron ???????? ?????????????? ?? ???? ????????? ????? (????? ??????????? ??????? ?????????) CAMERON HIGHLANDS, 05 Ogos 2024 - Majlis Daerah Cameron Highlands telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap salah satu pembinaan haram di Cameron Highlands iaitu Cameron Santorini pada hari ini. Operasi yang bermula sekitar pukul 9.00 pagi sehingga 11.30 pagi tersebut telah diketuai oleh Yang Dipertua MDCH, Tuan Azmil Hadid bin Maznan dan turut melibatkan kakitangan daripada MDCH serta jabatan/agensi daerah termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Cameron Highlands (PDTCH), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Jabatan Kerja Raya Daerah Cameron Highlands (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad ( TNB). Tindakan penguatkuasaan ini telah dilaksanakan atas kesalahan Seksyen 70 (1) Pembinaan Tanpa Kelulusan di bawah Akta 133, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974. Semoga tindakan penguatkuasaan ini dapat menjadi iktibar dan peringatan kepada mana-mana pihak yang berhasrat melaksanakan projek pembangunan agar mematuhi sepenuhnya prosedur dan peraturan berkaitan semasa yang berkuatkuasa. Pahang Media Pejabat Penerangan Daerah Cameron Highlands Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands Polis Daerah Cameron Highlands #StrongerTogether #KepuasanPelangganKebanggaanKami #RasuahItuJenayah ♬ Sepertinya - Fynn Jamal