Majlis Kesyukuran

11 Apr 2026 • 11:04 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Sabah (YKS), menghadiri Majlis Kesyukuran dan Silaturahim bersama YKS serta Badan Amal dan Kebajikan Islam Jabatan Ketua Menteri (Balkis-JKM) di Menara Kinabalu, pada Jumaat.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh muhibah itu turut diserikan dengan jamuan makan sebagai simbol penghargaan terhadap komitmen dan perkhidmatan warga kerja YKS dan Balkis-JKM.

Hadir sama, Pengarah YKS yang juga Pengerusi Balkis-JKM, Datuk Diyanah Abdullah, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YKS, ketua-ketua jabatan di bawah Jabatan Ketua Menteri serta ahli jawatankuasa Balkis-JKM.

Gambar menunjukkan Hajiji dan Diyanah bersama kakitangan YKS dan Balkis-JKM semasa majlis.