
Kota Kinabalu: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan mewujudkan Jawatankuasa Majlis Kecerdasan Buatan (AI) Negeri Sabah (MAINS) bagi merealisasikan penubuhan Pusat AI Negeri Sabah tahun ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Ariffin Arif berkata, Universiti Malaysia Sabah (UMS) juga akan terlibat dalam usaha itu menerusi pemeteraian satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pihaknya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pada masa sama, katanya, kepakaran dimiliki UMS dalam bidang AI mampu membantu seterusnya memperkasa bidang berkenaan, khususnya dalam kalangan mahasiswa dan pelajar di Sabah.
“Salah satu usaha kita tahun ini adalah untuk mewujudkan Pusat AI di Sabah dan saya sudah berbincang dengan UMS, seterusnya akan meterai MoU kerana kepakaran ada pada mereka.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Perkara ini juga akan dibawa ke kabinet untuk diperkenan dan selepas itu kita akan bentuk jawatankuasa Majlis AI Negeri Sabah ini, manakala Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) akan menjadi antara ahlinya.
“Ini kerana JPNS ada hubungan dengan keperluan berkaitan dengan AI di Sabah ini, khususnya dalam aspek pemerkasaan bidang itu di peringkat sekolah,” katanya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kit Peranti Bagi Program Anak Kita SPM 2025 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, di sini, Selasa.
Hadir sama Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Azman Adnan dan Pengarah JPNS, Datuk Raisin Saidin.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pada majlis itu, sebanyak 1,833 kit peranti (tablet) diagihkan kepada bakal calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 49 sekolah di bawah 24 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Sabah.
Sementara itu, Azman berkata, agihan tablet di bawah Program Anak Kita SPM itu adalah inisiatif Kementerian Kewangan (MOF) yang dikelola Yayasan Hasanah bagi menyokong Dasar Pendidikan Digital Negara.
“Program ini dilaksanakan di seluruh negara membabitkan 20,000 kit peranti atau tablet untuk pelajar calon SPM sebagai salah satu usaha persediaan mereka menghadapi peperiksaan SPM tahun ini.
“Pada masa sama, inisiatif ini juga bagi memenuhi matlamat meningkatkan peratusan pelajar layak terima sijil SPM,” katanya, yang turut menghargai usaha kerajaan negeri dalam memperkasa pendidikan di Sabah.




