Majlis Penasihat Buruh negeri pastikan kebajikan pekerja, majikan

8 May 2024 • 2:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Larry Ralon

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bagi memastikan kebajikan pekerja dan majikan sentiasa diutamakan, Kerajaan Negeri menyokong penuh penubuhan Majlis Penasihat Buruh peringkat negeri Sabah.

Menurutnya, Majlis Penasihat Buruh Sabah terdiri daripada 16 wakil kesatuan sekerja dan 16 wakil persatuan majikan terbesar mewakili seluruh pekerja dan majikan yang ada di negeri ini.

Manakala pihak kerajaan pula terdiri daripada 16 jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan, yang berperanan dan bertanggung jawab kepada isu-isu perburuhan negeri.

“Kerajaan Negeri meletakkan harapan tinggi agar melalui majlis ini, setiap keputusan dasar dan perundangan yang dibuat oleh Kerajaan, akan mengambil kira sepenuhnya situasi sebenar yang berlaku di Sabah.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more “Majlis ini juga akan menjadi platform untuk menyalurkan pandangan dan nasihat serta cadangan berkaitan perkara-perkara perburuhan kepada kerajaan.

“Ini juga bagi memastikan dasar-dasar dan perundangan yang lebih sesuai dengan perindustrian negeri Sabah dapat diterjemahkan dengan lebih tepat dan saksama,” tegasnya.

Hajiji juga mahu setiap perancangan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) termasuk latihan kemahiran kepada pekerja dan pencari kerja, dibawa untuk dilaksanakan di Sabah, sekali gus memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini.

“Saya berharap kesemua inisiatif dan program pembangunan modal insan yang dilaksanakan Kesemua turut memberi keutamaan dan tumpuan kepada pekerja, majikan serta rakyat di negeri Sabah.

“Ini bagi memastikan Sabah juga setaraf dengan pencapaian negeri lain.

“Selain itu, semua program itu juga selari dengan hasrat dan aspirasi kerajaan negeri Sabah, melalui inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya.

Sementara itu, Abdul Rahman dalam ucapannya berkata terdapat 756 kesatuan sekerja di seluruh negara merangkumi keahliannya lebih 1 juta orang, dengan Sabah mempunyai 84 kesatuan sekerja berjumlah 53,321 ahli.

“Peratusan pekerja yang menyertai kesatuan di Sabah hanyalah 2.58 peratus berbanding jumlah keseluruhan pekerja pada suku tahun keempat 2023 iaitu 2.061 juta orang sebagaimana data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Negara,” katanya.

Beliau berkata aktiviti penguatkuasaan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di Sabah tahun lepas berjaya mengutip sebanyak RM38.9 juta daripada 5,367 majikan yang melakukan kesalahan.

Aktiviti penguatkuasaan itu katanya, telah memberi manfaat secara langsung kepada 159,491 pekerja, manakala 14,746 pekerja mendapat manfaat kewangan.

“Setakat 15 April lepas, JTK Sabah mengutip sebanyak RM6.36 juta melibatkan 1,250 majikan,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.