Sabah sokong penuh pinda Ordinan Buruh Sabah: Liputan diperluas, cuti bersalin 98 hari antara cadangan pindaan

8 May 2024 • 1:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Larry Ralon

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri menyokong penuh pindaan terhadap Ordinan Buruh Sabah (OBS) bagi memastikan rakyat dan masyarakat industri di Sabah dapat menikmati faedah dan peluang ekonomi yang lebih baik dan setara seperti negeri lain di Malaysia.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, OBS dikuatkuasa bermula pada 1950 lagi dan selepas 40 tahun, pindaan kali pertama kepada ordinan itu dibuat pada 2005.

Katanya, tempoh 19 tahun adalah satu tempoh yang lama dan sesuatu undang-undang itu perlu dikaji semula untuk ditambah baik, terutamanya undang-undang yang melibatkan kebajikan pekerja dan keperluan majikan untuk menjalankan perniagaan.

“Sudah pasti undang-undang yang lebih terkini dan tidak ketinggalan, akan dapat menarik lebih banyak syarikat luar untuk datang melabur dengan lebih yakin dan selesa ke negeri Sabah.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more “Pindaan ini juga tepat pada masanya kerana Kerajaan Negeri amat memerlukan satu perundangan perburuhan yang relevan dan sesuai dengan situasi perburuhan semasa,” katanya pada majlis sambutan Tripartite Hari Pekerja Peringkat Negeri Sabah 2024, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Selasa.

Hajiji berkata, industri memerlukan undang-undang yang bukan sahaja menjaga kebajikan pekerja dan kemudahan menjalankan perniagaan oleh majikan, tetapi juga dapat mengadaptasi keperluan revolusi perindustrian terkini yang melibatkan teknologi automasi seperti “Internet Perkara”, “Data Besar”, “Kecerdasan Buatan” dan “Pengkomputeran Awan”.

Katanya, transformasi digital ini mewujudkan jenis pekerjaan baru seperti Pekerja Gig yang memerlukan satu perundangan yang membolehkan industri dapat bergerak seiring dengan perubahan tersebut.

Menurutnya, cadangan pindaan kali ini akan memberi faedah secara menyeluruh, adil dan saksama kepada setiap pekerja dan majikan, malah setara dengan perundangan yang ada di Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata, antara intipati penting pindaan kepada OBS kali ini adalah pertama; liputan diperluaskan kepada semua pekerja tanpa mengira had gaji atau jenis pekerjaan; kedua, tempoh cuti bersalin dinaikkan daripada 60 hari kepada 98 hari; ketiga, bapa juga diberi cuti paterniti selama tujuh hari dan ia layak kepada semua isteri sah tetapi untuk lima (5) anak pertama sahaja; dan waktu kerja minggu dikurangkan daripada 48 jam seminggu kepada 45 jam seminggu.

“Pindaan kali ini melibatkan 12 pindaan utama kepada 62 fasal melibatkan 75 peratus keseluruhan OBS. Justeru, saya dan barisan kepimpinan negeri, meletakkan harapan yang tinggi kepada Kementerian Sumber Manusia agar cadangan Rang Undang-Undang Pindaan OBS kali ini dapat dibentangkan pada sesi sidang Parlimen akan datang, agar ia dapat dilaksanakan dengan kadar segera untuk dinikmati faedahnya oleh warga pekerja dan majikan di Sabah,” tegasnya.

Hajiji yakin, pindaan OBS akan dapat menaikkan imej negeri Sabah di peringkat antarabangsa, terutamanya berkaitan isu-isu hak asasi manusia dan hak buruh, isu penghapusan diskriminasi dan juga isu membasmi buruh paksa dan buruh kanak-kanak.

Beliau berkata, pindaan itu juga akan memudahkan Malaysia, khususnya negeri Sabah, untuk meneroka dan menembusi pasaran yang lebih besar melalui perjanjian “Comprehensive and Progresive Agreement for Trans-Pacific Partnership” (CPTPP) melibatkan 11 negara ahli, yang hasilnya akan menarik lebih banyak pelabur datang, seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih luas kepada rakyat Sabah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.