
Lain dari yang lain! Difahamkan, majlis resepsi anak lelaki Didie Alias iaitu Muhammad Dhanial Mohd Ridzuan tidak seperti orang lain apabila pengantin berarak menaiki LRT untuk tiba di Dewan Temu Jelatek, Kuala Lumpur.
Didie meluahkan rasa syukur kerana Temu Jelatek sudi menaja keseluruhan majlis resepsi anak yang menelan kos sebanyak RM500,000.
Difahamkan juga, tajaan sebanyak setengah juta itu melibatkan kelengkapan dewan, dekorasi, makanan, photobooth, bilik penginapan, bilik VIP dan banyak lagi.
View this post on Instagram
Dapat dilihat juga, majlis tersebut dimeriahkan dengan kedatangan rakan-rakan selebriti yang lain.
Bahkan, ada juga penyanyi yang membuat persembahan sewaktu majlis resepsi itu berlangsung seperti Mark Adam, Bella Astillah dan Lah Ahmad.
"Kagum Tak Ada Burukkan Arwah" - Didie Alias Tiada Dendam, Ridzuan Hashim Tetap Bapa Kepada Anak-Anak Mereka
The post Majlis Resepsi Anak Didie Alias Dapat Tajaan Setengah Juta, Pengantin Berarak Naik LRT! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


