“Tok Kadi mana yang boleh nikahkan aku?” – Enot Nafi Sudah ‘Berkahwin’, Masih Tahu Hukum Agama

Entertainment
8 Aug 2023 • 12:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon dan pelawak, Enot tidak dapat berdiam diri apabila dihentam netizen susulan dakwaan kononnya dia adalah individu yang dimaksudkan oleh rakan pelakonnya, Didie Alias dalam temu bual program Melodi baru-baru ini.

Walaupun namanya tidak disebut, namun ramai membuat andaian individu yang dimaksudkan adalah Enot memandangkan hubungan mereka baik sebelum ini.

Susulan itu, Enot tampil meluahkan rasa berang dan selama ini dia berdiam diri kerana tidak mahu membuka aib mana-mana pihak.

@enot7812

Berdiam bukan beerti salah dan kalah,berdiam lebih baik dr brckp takut trckp keaibpan sesorg tu tanpa di sangka,terima kasih kerana mbuat semua org memaki hamun aku tanpa tau crita sebenar,LILAHITAALA atas nama mak aku,aku x pernah mngeluarkan statement berkahwin? Dan tok kadi mane plak yg bole nikah kan aku tu? Aku masih tau hukum agama! Jgn nak hukum aku mcm aku org kapir plak ye x tau apa2! Yg memaki hamun aku dlm dm dan mempermainkan nama arwah mak aku ingat aku x maafkan ko smpai bila2! Dosa aku dengan Allah aku bole mintak ampun tapi dosa korg dgn aku? Sendiri mau ingat,yg ckp lebih2 mcm ddk serumah dgn aku in sha Allah esok lusa aku alamat korg aku jmpa depan2 aku nak demgar jgk apa yg kau tau sngt ttg kehidupan aku k..tiap2 bulan hntr beras berapa kg ye? #sabar #kdg2takmampusabar#makinkuatkokejalanygbaikmakinhebatujian#Allahujisebabkitakuat#manusiasukahentamseblmselidik#takakanmaafkankorg #padamkomentaknakkorgbuatdosakering

♬ original sound – ENOT78 – ENOT78

Nafi sudah berkahwin

Enot atau nama sebenarnya, Aliza Abdullah menegaskan bahawa dia masih tahu hukum agama dan menyatakan dirinya tak pernah mengeluarkan kenyatan sudah berkahwin seperti yang diperkatakan.

“Terima kasih kerana membuat semua orang memaki hamun aku tanpa tahu cerita sebenar.

“Atas nama mak aku, aku tak pernah mengeluarkan statement berkahwin? Dan tok kadi mana pulak yang boleh nikahkan aku tu? Aku masih tahu hukum agama!” tegasnya.

Kesal dengan cacian yang diterima, dia juga tidak memaafkan sesiapa sahaja yang mempermainkan nama arwah ibunya.

“Yang cakap lebih-lebih macam duduk serumah dengan aku insya-Allah esok lusa aku jumpa depan-depan, aku nak dengar juga apa yang kau tahu sangat tentang kehidupan aku.”

Menerusi hantaran di TikTok sebelum ini, Enot mendoakan agar segala kata-kata makian yang diberikan berbalik kepada mereka yang menghina dan mengutuk dirinya.

@enot7812

Salam woww hebat lah korg dr smlm non stop memaki hamun aku tanpa tau cerita sebenar, Alhamdulilah smoga makian anda akan berbalik pada anda ingat kifarah tu wujud,aku menagis pun x guna org hnya tgk dan nilai dr apa yg korg nmpk tapi yg menangung segala2nya aku so x payah tmbhkan dosa korg klu tak tau cerita sebenar aku yg tempuh semuanya dlm 20thn aku mls nak ckp apa2 takut terbukak aib org.. yg ckp elok2 tq atas nasihat setiap hr aku perbaiki diri lebih elok dr sblmnya in sha Allah aku ada Allah je yg tau segala2nya..#hanyaallahyangtahu #taktaucitajanganbuatpalataw #sedih#bknhalkorgjgncampur #jgnbuatdosakering

♬ original sound – Ouh gituw – fizzfairuzfc

Dia juga terasa hati dan kecewa terhadap rakannya yang tidak disebut nama kerana dilihat telah membuka aib atau memburukkan dirinya kepada umum.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.