Majlis Tenaga Sabah lulus inisiatif untuk tingkat margin rizab kuasa

7 Jun 2024 • 4:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Majlis Tenaga Sabah (MTS) telah meluluskan pelbagai inisiatif termasuk sumber tenaga boleh diperbaharui yang akan membantu mencapai dan mengekalkan kadar margin rizab kuasa 30 peratus, sekali gus menangani kekurangan tenaga di negeri ini.

MTS dalam mesyuarat pertamanya pada Khamis, dipengerusikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, bersetuju menjalankan kajian kebolehlaksanaan sumber tenaga baharu seperti angin, geoterma dan projek janakuasa low head hydro summersible untuk meningkatkan campuran tenaga boleh diperbaharui.

Jabatan Ketua Menteri dalam satu kenyataan, berkata cadangan lain daripada Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) termasuk pelanjutan operasi loji janakuasa sedia ada yang berdaya harap, pembelian tenaga daripada loji janakuasa biomass, memastikan penyiapan projek Solar Berskala Besar (LSS), memperolehi kapasiti dari Sarawak, melaksanakan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS), tambahan loji janakuasa gas asli sebagai bahan api peralihan dan pengaktifan semula loji janakuasa geoterma.

Penyiapan Pelan Pembangunan Hidroelektrik Sabah menjelang akhir tahun ini dijangka akan dapat menyokong inisiatif-inisiatif penjanaan kuasa di negeri ini.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Untuk jangka masa panjang, Kerajaan Negeri akan menerokai teknologi baharu seperti Reaktor Modular Kecil (SMRs) dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Penukaran Tenaga Haba Lautan (OTEC) berikutan kelulusan Enakmen OTEC 2024 oleh Dewan Undangan Negeri Sabah.

Ketua Menteri menekankan Kerajaan Negeri komited untuk masa depan tenaga yang mampan di Sabah melalui Pelan Induk dan Halatuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040) yang dilancarkan pada 19 Sept tahun lalu.

“SE-RAMP 2040 menggariskan pelbagai strategi dan inisiatif untuk mengimbangi keperluan tenaga dan memastikan keselamatan tenaga, mampu milik, dan kelestarian alam sekitar,” katanya, menambah mesyuarat MTS tertumpu kepada menangani cabaran tenaga semasa di Sabah, termasuk kekurangan kapasiti dan kestabilan grid, serta perancangan untuk memenuhi keperluan permintaan elektrik jangka masa sederhana dan panjang.

Beliau turut menyeru tindakan kolektif daripada semua pihak berkepentingan dalam memastikan kesemua pelan dan inisiatif berjaya dilaksanakan.

Terdahulu, Hajiji berkata peranan MTS yang diluluskan Jemaah Menteri pada 6 Mac tahun ini adalah untuk memastikan keberkesanan strategi dan inisiatif SE-RAMP 2040.

Dipengerusikan oleh Ketua Menteri, MTS mempunyai 11 ahli tetap iaitu Menteri Kerja Raya, Menteri Pembangunan Industri dan Usahawan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Kewangan, SUT Kementerian Kerjaraya, SUT Kementerian Pembangunan Industri dan Usahawan, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya, Pengerusi ECoS dan Ketua Pegawai Eksekutif ECoS.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Energy Corporation Sdn Bhd, SMJ Energy Sdn Bhd dan Sabah Electricity Sdn Bhd masing-masing adalah ahli jemputan.

MTS ditubuhkan berikutan penyerahan kuasa kawal selia tenaga daripada Kerajaan Persekutuan kepada Sabah dan untuk menggantikan Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) Sabah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.