Majlis Unik Dan Istimewa, Perkahwinan Campur Budaya India Dan Kayan Ini Buat Netizen Teruja

5 May 2023 • 12:26 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Perkahwinan itu mempunyai unsur budaya India dan Kayan yang menjadikan majlis itu sangat indah

Majlis Unik Dan Istimewa, Perkahwinan Campur Budaya India Dan Kayan Ini Buat Netizen Teruja. Perkahwinan campur antara budaya yang berbeza telah menjadi semakin biasa dalam dunia hari ini dan menyaksikan gabungan budaya pasangan pengantin digabungkan dalam satu majlis yang indah adalah satu momen yang istimewa.

Baru-baru ini, sebuah perkahwinan gabungan budaya India dan Kayan telah dikongsi di TikTok oleh salah seorang kawan baik pengantin perempuan dan sejak itu telah menarik perhatian netizen.

image is not available
Majlis Unik Dan Istimewa, Perkahwinan Campur Budaya India Dan Kayan Ini Buat Netizen Teruja

“When your Indian best friend is marrying into your Orang Ulu (Kayan) culture!”

Video itu dikongsi oleh pengguna @aaronnavit menerusi TikTok, dan beliau juga merupakan kawan baik pengantin perempuan. Difahamkan Aaron juga berbangsa Kayan.

Dalam video tersebut, Aaron berkongsi detik indah perkahwinan di mana alat muzik klasik India dan alat muzik tradisional Sarawak iaitu sape dilihat dimainkan pada majlis tersebut.

image is not available
Alat muzik tradisional India dan Sarawak dilihat dimainkan untuk menghiburkan tetamu dan meriahkan majlis. Kredit: TikTok

Turut kelihatan adalah persembahan tarian tradisional Orang Ulu iaitu ngajat dan video itu juga menunjukkan betapa cantiknya pasangan pengantin menggabungkan budaya masing-masing dalam majlis perkahwinan mereka.

Menurut Aaron, yang berbangsa Kayan adalah pengantin lelaki, iaitu Vinesh – difahamkan, pengantin lelaki berbangsa India melalui sebelah bapanya dan Kayan melalui sebelah ibunya. Manakala pengantin perempuan, Yusha, berbangsa India.

image is not available
Tarian ngajat dlihat dipersembahkan pada majlis perkahwinan. Kredit: TikTok

“Indahnya perkahwinan campur,” – netizen

Tinjauan pada ruangan komen mendapati ramai teruja melihat perkahwinan campur tersebut, yang menunjukkan kedua-dua budaya India dan Kayan dipamerkan dengan indah di majlis perkahwinan itu.

Malah, ramai juga berpendapat anak-anak pasangan itu akan confirm cantik dan handsome.

image is not available
Kredit: TikTok

image is not available
Kredit: TikTok

image is not available
Kredit: TikTok

image is not available
Kredit: TikTok

image is not available
Kredit: TikTok

image is not available
Kredit: TikTok

Anda boleh lihat video sepenuhnya di bawah:

Tahniah diucapkan kepada pengantin baru ini. Cantiknya mereka menggabungkan kedua-dua budaya masing-masing dalam perkahwinan yang indah ini. Semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke cucu cicit

Lagi perkahwinan campur yang sebelum ini raih perhatian netizen: