“Majlis untuk raikan pasangan” – Tular Poster Tetamu Jemputan Kahwin Kena Bayar RM50, Ini Respon Ahli Agama

Entertainment
15 Jul 2022 • 1:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau mengikut adat Melayu, majlis persandingan bagi pasangan raja sehari boleh dikatakan wajib diadakan. Tambah pula dengan hidangan yang disediakan kepada tetamu yang hadir sebagai tanda untuk meraikan hari bahagia pengantin baru.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila poster jemputan majlis perkahwinan dengan perincian yang mengundang kecaman orang ramai selepas setiap tetamu yang hadir dikenakan bayaran sebanyak RM50 seorang!

image is not available

Bukan itu saja, harga bufet makanan turut dikenakan kepada seorang tetamu selain dari bayaran bergambar dengan pengantin juga dicaj sebanyak RM20 untuk sekeping gambar. Malah turut tertera di poster sama, senarai request lagu dan juga karaoke di majlis tersebut.

“Dah bercanggah dengan niat asal majlis diadakan”

Disebabkan poster ni dah pun tular di laman Twitter, ahli agama tampil memberikan penjelasan berkenaan dengan isu tersebut dengan mengatakan sekiranya ianya benar-benar berlaku, majlis tersebut telah bercanggah dengan niat sebenar ia diadakan.

image is not available

Tambahnya lagi, majlis perkahwinan dibuat sebagai tanda kesyukuran selain dari meraikan pasangan yang selamat diijab kabulkan dan tujuannnya adalah memberikan makanan percuma kepada tetamu tanpa mengira tahap kemiskinan dan kekayaan mereka.

Ahli agama itu juga menyarankan supaya majlis dirancang dengan baik dan memberi manfaat kepada tetamu yang datang tanpa berkira rezeki yang ingin dikongsikan bersama dengan jemputan yang datang.

Korang kalau kahwin, nak rewang ke nak catering je eh?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.