“Mak bapak tak ajar adab ke” – Abang Tesla ‘Sound’ Individu Hina Rupa Isteri Pertama

Entertainment
6 Jun 2024 • 11:50 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Abang Tesla atau nama sebenarnya, Muhammad Khal Iltizam Yusry bengang dengan sikap segelintir netizen yang menghina paras rupa isteri pertamanya.

Dalam satu video yang dimuat naik di TikTok oleh Abang Tesla, dia kongsikan detik indah bercuti dengan isteri pertama bersama Umisya Mazlan bersama suaminya iaitu Aslam di Bangkok, Thailand.

Video terbut memperlihatkan kedua-dua pasangan ini sedang menaiki bot di mana isteri pertama Abang Tesla iaitu Nurmajdina meminta untuk Umisya melakukan aksi mesra dengan Aslam.

Rakaman tersebut turut menunjukkan rupa Majdina dan tanpa diduga, ia telah menjadi ‘bahan’ netizen untuk faceshammig Majdina.

@abg.tesla

Garang betul director filem ni @Nurmajdina Jamari #abgtesla #bangkok @aslam @Umisyamazlan

♬ original sound – ABG.TESLA – ABG.TESLA

Tidak berdiam diri, Abang Tesla membalas kutukan netizen tersebut dengan menegur sikap netizen yang dianggap tidak menjaga adab. Di samping itu, Abang Tesla turut membalas komen netizen yang yang cuba ‘mengapi-apikan’ dirinya yang kita sedia maklum hidup dalam berpoligami.

image is not available image is not available

Face shamming orang memang satu perkara yang agak keterlaluan, kalau boleh elak la, lagi-lagi bila orang tu tak buat apa-apa masalah pun.

Sumber : TikTok

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.