“Mak Baru Meninggal Dunia…” – Isteri Peniaga Air Balang, Puan Roslina Pergi Dijemput Ilahi

24 Oct 2025 • 12:29 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Isteri kepada peniaga air, Encik Ayauddin iaitu Puan Roslina yang menghidap strok, lumpuh disahkan meninggal dunia sebentar tadi.

Berita duka itu dimaklumkan oleh anak pasangan tersebut yang dikenalai sebagai Aliah kepada stesen radio Era, sekitar jam 11.00 pagi, hari ini.

Puan Roslina

image is not available

“Asalamualaikum akak, masih ingat saya ke? Aliah anak pakcik yang jual air balang dekat Pantai Dalam.

“Saya nak beritahu yang ibu saya baru meninggal dunia sebentar tadi,” ujarnya.

Terdahulu, Puan Roslina mendapat perhatian ramai apabila suaminya, Encik Ayauddin yang turut derita penyakit buah pinggang tahap 5 tabah mencari rezeki dengan berniaga air balang demi menyara keluarga.

Puan Roslina

image is not available image is not available

Sumber: Instagram @Era.je

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved