“Mak Cakap Tak Payah Pakai Baju Pelik, Makin Lama Orang Benci Jadi Doa” – Aina Abdul

Women's Fashion
14 Jun 2023 • 12:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Akibat sering memakai busana ‘berlebihan’ sewaktu menghadirkan diri dalam program Big Stage 2023 sebagai juri, penyanyi Aina Abdul teruk dikecam netizen dan susulan itu, dia akur dengan kecaman yang diterima.

Melalui laporan Kosmo, Aina berkata dia memilih untuk memakai pakaian yang lebih sederhana dan tidak mahu kecaman terhadap dirinya memberi kesan kepada ibu tercinta.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, penyanyi tersebut memilih untuk lebih bersederhana setelah menerima nasihat daripada ibu sendiri.

Mak cakap, tak payahlah (pakai baju pelik), pakai biasa je, makin lama orang membenci, itu semua doa.

Walaupun Aina akur dengan kecaman orang luar, dia tidak akan sama sekali meninggalkan jenama ‘Aina Abdul’ yang sememangnya sinonim dengan diri.

image is not available

Sementara itu, Aina Abdul berkata dia mempunyai banyak idea baju yang menarik untuk program Big Stage tetapi apabila keadaan jadi seperti ini, penyanyi tersebut memilih untuk simpan dan memakainya sewaktu konsert sendiri.

image is not available 1 minggu lalu

Banyak Kali Ditegur, Aina Abdul Dilabel 'Keras Kepala' - "Orang Cakap Narcisstic Ko Terasa"