“Saya fikirkan perasaan mak saya” – Aina Abdul ‘Puasa’ Pakai Fesyen Pelik Lepas Terima Nasihat Ibu

Entertainment
14 Jun 2023 • 4:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pasti ramai yang mengenali penyanyi popular, Aina Abdul yang sering dikaitkan dengan fesyen pelik yang digayakan sewaktu hadir ke pementasan anugerah ataupun majlis seperti Big Stage 5.

Bagaimanapun, busana yang diperagakan oleh Aina kerap menjadi bualan warganet di media sosial yang rata-rata mengkritik serta mengecam pemilihan fesyennya itu.

Baru-baru ini, Aina akui terpaksa akur kepada permintaan netizen dan bersederhana dalam berpakaian selain tidak mahu kecaman berkenaan memberi kesan terhadap ibunya.

image is not available

“Saya juga manusia biasa, saya ada hati sama juga macam semua orang, rasa tak seronok bila kita buat sesuatu, kita asyik fikir apa orang suka dan tak suka. Saya sebenarnya sudah letih dengan kecaman sedemikian.”

“Memang betul kena abaikan haters tapi saya kena fikirkan juga perasaan mak saya memandangkan mak saya sentiasa mengikuti perkembangan saya di platform media sosial, mak baca komen,” jelasnya.

Menurut Aina, antara salah satu sebab dia memilih untuk tidak berlebihan dalam berfesyen adalah setelah dia menerima nasihat yang mendalam daripada ibunya sendiri.

image is not available

“Mak cakap, tak payahlah (pakai baju pelik), pakai biasa je, makin lama orang membenci, itu semua doa,” kata Aina.

Dalam pada itu, Aina menyatakan bahawa dia tidak akan meninggalkan jenama ‘Aina Abdul’ yang dibawanya sejak sekian lama dan memilih untuk mengenakan fesyen pakaiannya yang pelik ketika konsert A Night with Aina Abdul 3.0 di Axiata Arena nanti.

“Sejujurnya saya ada macam-macam idea baju untuk Big Stage tapi takpelah saya simpan dan pakai masa konsert saya sendiri nanti,” jelasnya.

Mungkin ada betul juga sebab mesti ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka!

Sumber : Instagram, Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.