
Apabila memandu di jalan raya kita sering kali dinasihatkan untuk memandu dengan penuh berhati-hati agar tiada kemalangan atau perkara yang berbahaya berlaku.
Namun adakalanya bahaya di jalan raya ini datang daripada pengguna yang lain apabila ada yang memandu dengan agresif atau lebih teruk lagi berkelakuan seperti samseng jalanan dan pembuli.
Proton Persona memandu dalam keadaan berbahaya
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan keadaan di mana terdapat sebuah kereta Proton Persona berwarna hitam yang memandu secara berbahaya di sebuah jalan raya dipercayai di Seremban 2, Negeri Sembilan.
Menerusi video TikTok yang dikongsikan oleh seorang individu di Twitter, pada awalnya kereta yang dipandu oleh seorang wanita berumur itu kelihatan terhuyung-hayang semasa berada di atas jalan.
Meskipun tidak mengetahui apa situasi sebenar yang dihadapi wanita tersebut, tindakannya ke kiri dan ke kanan jalan seperti cuba memberi provokasi pada kenderaan di belakangnya.
Kenderaan di belakangnya itu kemudian membunyikan hon panjang sebagai tanda amaran sambil cuba memotong wanita tersebut.
Dengar cerita Kak Yong Seremban ni Keras. pic.twitter.com/MmIGAg7X0c
Menjerit & keluarkan kata-kata tidak baik
Sebaik sahaja keretanya dipotong pemandu Proton Persona tersebut membuka tingkapnya dan menjerit perkataan yang tidak enak kepada perakam video dan rakan-rakan di dalam keretanya.
Melihat di ruangan balas, ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan wanita tersebut. Tidak kurang juga ada yang menjangkakan pasti ada perkara yang berlaku sebelum kejadian itu berlaku.
aik sendiri drive macam orang mabuk pastu dia pulak membabikan orang 😭
Kalau aku tu, tengok belakang takde kereta aku benti tepi. Pastu tengok jauh mana dia kiri kanan macam tu, record buat report driver mabuk hahaha
Nk je mencarut makcik nie laa, bawak kete mcm org mabuk, ke makcik nie ade masalah cacat otak? Haihh die yg bawak kete mcm org tak betui, org lain yg kne babi. Sabar je laa
Video tak dari awal. Mungkin acik tu marah sebab belakang dia pun babi
Menerusi semakan kami di TikTok @iman.azeha ada yang mengelar wanita itu sebagai ‘Kak Yong’ Seremban.
Di mana ia adalah gelaran yang sering diberikan kepada seseorang yang memiliki sifat samseng atau anak sulung.
Namun ada juga yang tertanya-tanya mengapakah dia perlu mencarut walhal dia yang memandu kenderaannya dalam keadaan terhuyung-hayang seperti orang mabuk.


