
Video anak lelaki kepada Boss Kay dan bekas isterinya, Nooraini Noni menangis teresak-esak meraih perhatian ramai warganet.
Menerusi rakaman itu, kanak-kanak berkenaan menangis gara-gara tidak dapat menghubungi bapanya dan Nooraini mendakwa Boss Kay sudah menyekat nombor telefon anak sendiri.
“Terpaksa Block, Nombor Anak Itu Untuk Serang Saya” - Boss Kay Tak Terkejut Bekas-Bekas Isteri Pakat Jatuhkan Reputasinya
Video tersebut turut mendapat perhatian ramai di Twitter selepas ia dimuat naik oleh seorang individu dan rata-ratanya mengharapkan agar kanak-kanak tersebut tidak terkesan mentalnya.
Ramai yang menghentam Nooraini kerana menggunakan anak untuk dijadikan content malah dia turut dikecam kerana memburukkan lagi keadaan.
Mak dia tak membantu. Kot ye marah bapaknya, sejukkan hati anak. Macam-macam boleh buat kan cerita untuk bagi anak tenang. Aku tak setuju langsung mak di ni.”
Rata-ratanya mengkritik cara bekas isteri Boss Kay itu handle situasi tersebut dan berkata sepatutnya dia perlu menggunakan kata-kata yang tidak memberikan kesan terhadap emosi serta mental anaknya.
Mereka juga turut bersimpati dengan kanak-kanak tersebut kerana kedua ibu bapanya tidak memikirkan tentang kesan kelakukan mereka terhadap anak.
Why tak nak bini sampai buat anak macam ni? Imagine besar takde kasih sayang seorang ayah, lain wey perasaan tu. pic.twitter.com/cSCHQMoFDv
— Bbie. (@twtbiy) July 6, 2023
The post “Mak Dia Pun, Janganlah Api-Apikan Lagi” – Rekod Anak Nangis, Bekas Isteri Boss Kay Dikecam Burukkan Keadaan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

