“Sama-Sama Makan Bangkai, Saling Membenci!” – Tash Yong Akhirnya Selar Bekas-Bekas Isteri Boss Kay?

Entertainment
7 Jul 2023 • 10:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, nama guru TikTok iaitu Boss Kay sering kali terpalit dengan kontroversi ‘panas’ sejak kebelakangan ini susulan didakwa lepas tangan soal anak-anaknya setelah berkahwin dengan wanita lain untuk kali ketiga, Tash Yong.

Biarpun selama ini hanya mendiamkan diri sewaktu suami dihentam teruk oleh bekas-bekas isteri serta netizen, akhirnya Tash Yong tampil membuka mulut mengenai isu penjagaan anak-anak suami.

Melalui status di Instagram Stories, selebriti tersebut meluahkan rasa kesal terhadap bekas-bekas isteri Boss Kay yang tidak henti memfitnahnya.

image is not available

 

Dalam pada itu, Tash Yong turut sempat berkata jika pihak sana mahu dirinya mengambil tindakan undang-undang kerana tidak henti membuka aib serta memfitnah tanpa bukti.

Bahkan, menasihati bahawa hal keluarga tidak sepatutnya ditayangkan di laman media sosial.

Janganlah uji kesabaran aku bertubi-tubi. Jadilah manusia bijak yang tak gunakan isu peribadi untuk nak puaskan ego sendiri. – Instagram Story Tash Yong

Pelakon terbabit juga tidak lupa menegur netizen agar tidak masuk campur hal orang lain dan jangan sesuka hati tuduh mana-mana pihak jika tidak tahu kebenaran sebenar.

image is not available 2 days ago

“Terpaksa Block, Nombor Anak Itu Untuk Serang Saya” - Boss Kay Tak Terkejut Bekas-Bekas Isteri Pakat Jatuhkan Reputasinya