“Mak mentua saya faham” – Dikecam Berpakaian Seksi & Tak Sensitif Isu Palestin, Elisya Sandha Buka Mulut

Entertainment
25 Oct 2023 • 10:46 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Heboh baru-baru ini apabila pelakon baru, Elisya Sandha berkongsi beberapa posting di Instagram miliknya yang berpakaian agak seksi.

Dia yang mengenakan dress ketat serba merah jambu itu dikatakan seperti tidak menghormati dan alpa mengenai isu konflik Palestin dan Israel.

Elisya yang juga adik kepada pelakon ternama, Fasha Sandha itu bagaimanapun memberikan respon berkenaan isu tersebut dengan mengatakan tindakannya itu adalah salah satu tuntutan kerjanya sebagai seorang selebriti.

Menurut laporan HibGlam, dia memberitahu gambar serta video itu adalah untuk sebuah majalah fesyen dan ianya sudah lama berada dalam perancangan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

“Kenalah berani untuk tampil berbeza. Apatah lagi ini untuk karier saya juga kan. Saya pun mahu cuba sesuatu yang berbeza dan cabar diri.

Sekali sekala kena cuba berpenampilan begitu. Cuma ada limitasi seksi. Kalau tidak berlengan itu tidak lah. Tetapi ramai sahaja yang seksi kan.

Lebih-lebih lagi, ini untuk tujuan promosi global. Jadi mestilah kena berbeza dan berani,” katanya.

Selain itu, apabila ditanya mengenai ibu mentuanya yang merupakan pelakon serta pengacara terkenal, Shiela Rusly, dia memberitahu ibu mentuanya itu seorang yang memahami lebih-lebih lagi kerana dia juga merupakan pemain industri yang sama.

“Ibu mentua saya sangat baik dan sentiasa positif. Dari dulu dia tak pernah menghakimi saya, mentua saya faham dunia hiburan.

Dia tahu saya bukan wanita yang selalu berpenampilan seksi. Apa yang saya pakai baru-baru ini adalah atas tuntutan kerja untuk sebuah majalah,” katanya.

Berbalik kepada imejnya dalam penggambaran itu, Elisya berkata dia sendiri bukanlah seorang yang betul-betul menjaga auratnya tetapi masih ada batas dalam berpakaian.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.