Mak Seronok Jual Aiskrim, Tapi Cikgu Suruh ‘Stop’ Sebab Koperasi Nak Buat Sendiri – “Mak Terus Tawar Hati..”

9 Jul 2025 • 4:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas ibunya yang gigih mencari rezeki dengan menjual aiskrim Malaysia terpaksa menghentikan perniagaan kecilnya di sebuah sekolah agama gara-gara campur tangan pihak koperasi sekolah.

Dalam satu perkongsian di Threads, wanita itu berkongsi bahawa sebelum ini jualan aiskrim ibunya sangat laris dan mendapat permintaan tinggi daripada para pelajar.

image is not available

gambar hiasan

Namun kegembiraan itu tidak bertahan lama. Pihak sekolah dikatakan meminta ibunya untuk menghentikan pembekalan aiskrim secara tiba-tiba, sekaligus menamatkan usaha gigih ibu yang hanya ingin menambah pendapatan.

Mak saya jual aiskrim Malaysia hantar dekat sekolah agama, memang laku. Baru sebulan macam tu, mak pun seronok buat.

 

Tapi bila dah beli barang banyak, cikgu pula beritahu supaya berhenti buat sebab koperasi nak buat sendiri. Mak saya terus tawar hati.

image is not available

Katanya, selepas beberapa minggu pihak sekolah kembali menghubungi ibunya dan meminta agar aiskrim dihantar semula seperti mana sebelum ini.

Cikgu telefon dan minta mak buat balik sebab budak-budak tak nak aiskrim yang cikgu buat. Mungkin rasa tak sama. Budak-budak pun rasa mungkin kurang sedap.

Namun ibunya enggan lagi membuat aiskrim Malaysia untuk dijual di koperasi sekolah itu.

Mak saya tak nak buat dah sebab tawar hati. Elok koperasi dapat komisen terus tak ada sale. Kan dah rugi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa ibu wanita itu dan berpendapat perasaan iri hati terhadap kejayaan orang lain dalam berniaga semenangnya wujud.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 19 hours ago

Warga Asing Kantoi Jual Ayam Hidup Dalam Tandas Kedai Runcit, Netizen Puji Cara Pegawai Bercakap Tegas