“Mak Tiri Tak Datang Ke?”, Syamsul Yusof Hadiri Hari Sukan Anak-Anak Tarik Perhatian Netizen

6 Aug 2023 • 1:46 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pengarah terkenal, Syamsul Yusof ada berkongsi aktiviti harian bersama dua orang anaknya iaitu Syaikul dan Sumayyah ketika majlis hari sukan sekolah mereka.

Pengarah terkenal, Syamsul Yusof muat naik satu video menunjukkan dirinya hadiri hari sukan anak-anaknya, Syaikhul dan Sumayyah.

Kalau korang tengok video tu, nampaklah yang Syamsul memberi sokongan penuh kepada Sumayyah yang dipercayai telah mengambil bahagia dalam satu acara sukan.

image is not available

Apa yang mencuri perhatian adalah ketika Sumayyah dilihat melambaikan tangan kepada bapanya walaupun sedang sibuk persiapkan diri untuk bertanding.

Menerusi satu video yang dimuat naik semula di Tiktok oleh seorang individu, ramai komem yang mereka sebak melihat gelagat anak beranak yang mencuit hati.

Ada juga yang sempat berseloroh dan tertanya mana ibu tiri kepada anak-anak Syamsul, Ira Kazar. Menyempat ye korang..

Difahamkan yang Puteri Sarah tidak dapat menghadiri hari sukan sekolah anak mereka kerana baru sahaja menjalani rawatan lasik.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.