“Makan Bersepah Macam Budak Kecil”- Sampah Berselerak Atas Lantai Pawagam Buat Ramai Geram [Video]

LocalEntertainment
4 Nov 2024 • 11:32 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Jika pergi berkunjung ke mana-mana tempat sama ada pusat beli belah, taman tema atau pawagam, pasti ada syarat yang perlu dipatuhi oleh setiap pengunjung.

Antara syarat biasa yang sering didengari adalah individu tidak dibenarkan untuk membawa makanan dan minuman dari luar.

Lazimnya, setiap syarat yang ditetapkan ada sebabnya tersendiri dan orang ramai perlulah sentiasa mematuhi peraturan tersebut.

Namun, ada segelintir individu yang dilihat bertindak mementingkan diri dengan mengabaikan peraturan hingga menyusahkan orang lain.

Sampah Seperti Kulit Kuaci Bertaburan Atas Lantai, Siap Letak Dalam Bekas Tempat Letak Minuman

Terbaharu, tular di media sosial keadaan lantai sebuah panggung wayang selepas tayangan sebuah filem.

Menerusi video yang dikongsikan semula di akaun X @bckupacc99, kelihatan sampah seperti kulit kuaci bertaburan di atas lantai pawagam tersebut.

Bukan sahaja hanya bertaburan di atas lantai, apa yang turut menjadi perhatian adalah kulit kuaci berkenaan turut diletak dan dipenuhi dalam ruang letak minuman.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di TGV Aeon Kinta City, Ipoh, Perak selepas tayangan filem You Will Die In 6 Hours pada jam 10.45 pagi.

Siap Buat Bunyi Hingga Menganggu Orang

Malah menerusi perkongsian tersebut, pemilik video berkenaan mendakwa penonton terbabit turut membuat bunyi dan melakukan sesuatu hingga menganggu orang lain.

“Like seriously? Cannot brain dengan perangai manusia yang macam ini. Terang-terang bawa makanan luar adalah dilarang.

“Kau letak dalam beg then makan bersepah macam budak kecil. Kau dah besar + orang tua kot.

“Dah lah time movie start (waktu wayang mula) bunyi kau makan kuaci dan bunyi plastik roti yang kau buka and nak makan menganggu orang,” tulis pemilik video berkenaan.

Melalui perkongsian itu juga, dapat dilihat dua orang individu dipercayai pekerja pembersihan sedang mengemas kawasan berkenaan.

Ramai Geram Lihat Sikap Tidak Bertanggungjawab Penonton

Video yang telah mendapat lebih 349,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Rata-rata mengecam tindakan tidak bertanggungjawab penonton terbabit yang dilihat dengan selamba membuang sampah serta tidak menjaga kebersihan.

Malah, ada pengguna media sosial mencadangkan agar syarikat panggung wayang berkenaan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendedahkan pelaku tersebut.

Tidak kurang juga ada yang turut berkongsi pengalaman sama berhadapan dengan situasi sedemikian ketika menonton wayang di pawagam berlainan.

Berikut antara komen pengguna X:

“Orang Tak Ada Adab. Dah Tahu Bawa Makanan Luar, At Least Ambil Balik Sampah Sendiri. Buang Masa & Menyusahkan Orang”

image is not available

“Kalau Dapat Dedahkan CCTV Muka Diorang Ni Kan Bagus”

image is not available

“CCTV Ada, Kalau Detect Makan Benda-Benda Macam Makanan Luar, Halau Keluar Saja Atau Denda”

image is not available

“Cuba Jadi Manusia Elok Sikit. Memang La Ada Cleaner Tapi Bukan Buang Suka Hati, Tak Ada Common Sense Langsung”

image is not available

Source: