Makan Buah Durian Dengan Kopi Espreso, Tindakan Wanita Mat Saleh Ini Cetus Pelbagai Reaksi Dari Netizen

Entertainment
4 Mar 2023 • 10:41 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Walaupun kebanyakan rakyat Malaysia dan penduduk di sekitar negara ASEAN sangat menyukai buah durian, namun umum mengetahui bahawa warga asing seperti Mat Saleh tidak menggemari raja buah tersebut kerana rasa dan baunya sangat kuat.

Jadi, pelancong asing yang datang ke negara kita yang menyukai durian memang susah nak jumpa.

Namun, lain pula bagi seorang wanita Minah Saleh ini kerana dia telah makan durian sambil menikmati air kopi pekat iaitu espresso!

image is not available

Video wanita tersebut menikmati kombo tersebut telah dikongsikan di TikTok an.rubik sebelum dikongsikan semula di Twitter oleh warganet yang lain.

Tindakan wanita itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen Malaysia kerana ada yang berpendapat kombo durian dan espresso boleh menyebabkan panas dalam badan dan ada juga yang kata tiada masalah pun nak makan durian dengan kopi.

image is not available

image is not available

Dapat dilihat dalam video tersebut bahawa wanita berkenaan hanya makan dua ulas durian sahaja namun apa yang menjadi perhatian juga adalah dia menggunakan garpu untuk makan buah tersebut.

Mungkin dia tak nak tangan dia berbau la kot, sebab tu makan dengan garpu.

image is not available

Namun, menurut Dr Beni Rusani, gabungan buah durian dan kopi pada masa yang sama tidak akan menyebabkan serangan jantung dan ia hanyalah mitos semata-mata.

Ini kerana serangan jantung berlaku disebabkan mendapan lemak dalam saluran darah yang membekalkan darah ke jantung, lapor Astro AWANI.

Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang berpendapat walaupun tiada masalah untuk makan durian bersama air kopi, namun kita diingatkan untuk tidak melakukannya jika tahap kesihatan tak begitu bagus kerana tahap kesihatan setiap orang tak sama.

image is not available

Betul jugak tu, lebih baik beringat sebelum kena kan.

Namun, difahamkan, wanita berkenaan telah memadam video berkenaan di TikTok tanpa diketahui sebabnya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.