“Makan dulu, bayar lepas meninggal dunia”- Restoran Piza Lancar Skim Pembayaran Unik Kepada Pelanggan

Entertainment
3 Jun 2023 • 11:40 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sekarang ni banyak betul kedai termasuklah kedai atas talian yang benarkan pelanggan untuk beli dulu tapi bayar kemudian menggunakan skim Buy Now, Pay Later.

Untuk pengetahuan anda, skim tersebut membenarkan pelanggan untuk membayar sesuatu barangan itu secara ansuran bulanan, lazimnya selama tiga atau enam bulan.

Tapi, selalunya skim pembayaran macam itu digunakan jika kita beli barang yang mahal macam telefon bimbit, kasut dan beg berjenama kan.

Namun, sebuah restoran piza di New Zealand ini pula membenarkan pelanggannya makan dahulu dan bayar selepas meninggal!

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Mesti korang tertanya-tanya, macam mana nak bayar kalau kita dah takde kat dunia ni?

Menurut Washington Post, restoran Hell Pizza baru-baru ini telah melancarkan skim pembayaran yang dinamakan Afterlife Pay itu.

Skim pembayaran makan dulu, bayar lepas meninggal itu akan ditawarkan kepada 666 orang pelanggan yang berminat.

Pelanggan-pelanggan yang berminat perlu menandatangi kontrak atau wasiat yang boleh disemak semula yang disediakan oleh peguam dan staf Hell Pizza di mana dalam perjanjian itu, pelanggan harus menulis nama mereka, jumlah wang yang mereka berhutang dan jenis piza yang dibeli mereka.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Selain pelanggan, dua orang saksi juga harus menandatangi kontrak berkenaan.

Jadi, difahamkan, kontrak berkenaan boleh disemak semula setiap kali pelanggan memesan piza akan dibayar menerusi wasiat setiap pelanggan apabila mereka meninggal nanti.

Untuk lebih mudah faham, setiap pembelian piza menggunakan skim pembayaran itu akan dimasukkan ke dalam wasiat pelanggan dan bayaran akan dibuat menerusi wasiat itu nanti selepas pelanggan mati.

Jadi, min rasa pelanggan tu sebenarnya akan sediakan wang yang sepatutnya yang perlu dibayar apabila dia meninggal suatu hari nanti.

Walaupun kedengaran pelik, namun CEO syarikat piza ini memberi jaminan bahawa tiada bayaran faedah atau caj tersembunyi untuk setiap pembayaran melalui skim ini.

Menurut pihak syarikat piza ini lagi, mereka mahu membuat pembelian piza lebih menarik untuk pelanggan-pelanggan mereka melalui cara ini dan setakat ini, lebih kurang 1000 pelanggan dah memohon agar mereka terpilih untuk skim pembayaran itu.

Kalau korang, korang berminat ke nak makan dulu piza, tapi bayar lepas meninggal?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.