
Kota Kinabalu: Persatuan Penjagaan Paliatif Kota Kinabalu (PCAKK) akan menganjurkan majlis makan malam dan persembahan amal tahunannya di Magellan Sutera Resort, pada 24 Mei ini.
Presiden PCAKK Ivy Stanislaus berkata, majlis makan malam itu akan menampilkan persembahan oleh kumpulan Killer Queen, sebuah kumpulan tribut untuk Queen dari Australia.
“Persatuan sudah menganjurkan majlis makan malam dan persembahahan amal tahunan sejak 1999 bagi membantu mengumpul dana untuk pesakit yang tenat di bawah jagaannya,” katanya selepas kunjungan hormat kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, di sini, Rabu.
“Sejak penubuhannya, Persatuan telah membantu lebih 5,000 pesakit dan keluarga mereka dalam program penjagaan paliatifnya tanpa sebarang kos.”
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Semasa kunjungan hormat itu, Joachim diberi taklimat mengenai aktiviti Program Penjagaan Rumah PCAKK.
Beliau juga dimaklumkan mengenai usaha PCAKK bagi mengumpul dana untuk persatuan mereka.
Untuk tujuan ini, Joachim telah mengikrarkan sokongannya dan memuji Persatuan atas usahanya.
Turut hadir wakil daripada PCAKK, Datuk Margaret Lim, Datin Elizabeth Lee, James Ngu, Dr Christiannie Tay, dan Benzie Richard George.
Mereka yang berminat untuk menyokong majlis makan malam amal itu boleh menghubungi 088-231505 untuk maklumat lanjut.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
