“Makan pun tak cukup” – Bill O’Reilly Kritik Malaysia, Bandingkan Pendapatan Isi Rumah AS Dengan Negara Kita

25 Apr 2025 • 10:58 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau dulu, kita dikritik tiada duit dan tak mampu untuk membeli barangan daripada China.

Kali ini, kenyataan daripada pengulas konservatif Amerika Syarikat (AS), Bill O’Reilly sekali lagi mendapat perhatian apabila dia menuduh rakyat Malaysia tak cukup makan. Pulak dah?

Menerusi satu video yang tular di TikTok, O’Reilly telah ‘menyerang’ Malaysia dengan membandingkan pendapatan per kapita isi rumah negara kita dengan AS.

Bandingkan pendapatan isi rumah setahun AS dan Malaysia

Menurut O’Reilly, statistik pendapatan per kapita isi rumah Malaysia ialah AS$5,731 bersamaan RM25,061 setahun, manakala AS pula memperoleh AS$42,220 (RM184,628) setahun.

Perkara ini dinyatakan O’Reilly ketika membidas kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai beliau.

Menurut Anwar, apa yang dikatakan O’Reilly bukan sahaja menunjukkan kejahilannya terhadap realiti semasa Asia Tenggara, malah ia turut mencerminkan pemikiran sempit yang dipengaruhi sentimen perkauman dan ideologi penjajah.

Malaysia marah dengan saya. Ini sesuatu yang tidak masuk akal.

“Wow, saya seorang penjajah. Saya terpaksa beritahu ini kepada Perdana Menteri (Malaysia), tapi inilah statistiknya. Pendapatan isi rumah di Malaysia per kapita ialah AS$5,731 setahun. Setahun!

“Jika dibandingkan dengan AS, pendapatan isi rumah per kapita ialah AS$42,220. Ini menjadikan ia lapan kali ganda daripada apa yang anda akan dapat,” katanya.

image is not available

Tak cukup dengan itu, O’Reilly juga mengatakan rakyat Malaysia tidak cukup makan dengan jumlah pendapatan isi rumah yang sangat sedikit berbanding negaranya.

You’re barely eating (Makan pun tak cukup). Kepada Perdana Menteri, saya ucapkan selamat maju jaya. Kami mahu anda berjaya tapi si ‘penjajah’ ini beritahu anda tentang kebenaran,” katanya lagi.

Pada masa yang sama, Bill O’Reilly mengakui dia pernah melawat ke Malaysia satu masa dulu, namun menyifatkan negara ini sebagai cantik tetapi agak ‘rumit’.

“Barely eating? Aku ni kadang sampai nak termuntah makan”

Kenyataan yang dikeluarkan pengulas politik AS tersebut telah mengundang pelbagai komen negatif daripada netizen Malaysia yang tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakannya.

Malah ada yang siap ‘troll’ mengatakan mereka sedang menonton video tersebut sambil makan rendang atau berkunjung ke open house di Malaysia.

image is not available

Kalau tak cukup makan, kenapa setiap tahun berat badan min bertambah? Haih!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.