Makanan Malaysia? Mat Salleh Dedah ‘Chicken Chop’ Bukan Dari Barat

Food
22 Apr 2024 • 1:45 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang warga British memaklumkan orang ramai bahawa menu makanan popular ‘Chicken Chop’ sebenarnya bukan berasal dari masakan Barat, tetapi berasal dari makanan Malaysia.

Menerusi satu hantaran video berdurasi 1.21 minit di Tiktok, Greg Larcombe melalui akaun Tiktok @greggetseverywhere berkata, dia baru sahaja mengetahui ramai orang Malaysia yang tidak mengetahui Chicken Chop bukanlah masakan ‘omputeh’.

image is not available

Foto: Tangkap layar TT

“Ia dicipta di sini di Malaysia. Saya tidak menyalahkan rakyat Malaysia kerana menganggap ia hidangan Barat.

“Ia kelihatan seperti hidangan barat, yang mana ia bukan jenis hidangan yang anda biasa lihat di bahagian dunia ini (Malaysia), malah ia berada di menu barat apabila anda pergi ke restoran,” katanya.

Greg turut memberitahu masakan tersebut diperkenalkan orang Cina yang berhijrah ke Malaysia, khususnya orang Hainan ketika mereka bekerja di rumah orang British dan mula menyesuaikan masakan mereka dengan hidangan Barat.

image is not available

Foto: Google

“Mereka adalah orang pertama yang mula mencipta hidangan barat untuk orang British yang tinggal di Malaysia, dan salah satu daripada banyak hidangan mereka buat ialah Chicken Chop,” ujarnya.

Dia juga berkata hidangan tersebut mempunyai sos Worcestershire yang dicipta mengikut pinggan Barat, tetapi ia bukan hidangan Barat.

Rata-rata netizen memberitahu di ruangan komen bahawa mereka juga baru tahu Chicken Chop berasal dari Malaysia, dan bukanlah hidangan Barat selepas menonton video yang dihantar Greg di akaun Tiktoknya itu.

34 hidup ditipu!

image is not available

Tidak pernah tahu pasal ni..

image is not available

Belajar sesuatu yang baru

image is not available

Di restoran negara Barat tiada Chicken Chop !

image is not available

Chicken Chop merupakan hidangan menggabungkan gurih daging ayam yang digoreng garing di luar namun tetap lembut di dalam dan dihidang dengan saus melimpah juga sering disajikan dengan kentang goreng yang rangup serta sayur-sayuran segar.

Sumber: Tiktok (@greggetseverywhere)